Nur

PENTING! Ini Waktu Doa Mustajab Yang Dahsyat Sempena Hari Arafah 2024

14
SHARES
hari arafah malaysia

Antara hari yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di dunia adalah Hari Arafah. Beruntungnya pada hari ini, kita dikhabarkan bahawa Allah SWT sangat gembira dan bermurah hati untuk memakbulkan doa para hamba-Nya dan penting untuk tahu waktu mustajab terutama waktu mustajab doa Hari Arafah Malaysia.

Berbaki kurang 24 jam saja lagi, debaran menanti hari wukuf iaitu hari kemuncak kepada ibadah haji kian dirasai oleh bukan sahaja 31,600 jemaah haji Malaysia, tetapi juga lebih dua juta umat Islam yang menjadi Duyufurrahman untuk musim 1445H/2024.

Baca juga: 10 Doa Pilihan Sempena Hari Arafah, InsyaAllah.. Doa Anda Dimakbulkan Allah SWT

WAKTU MUSTAJAB DOA HARI ARAFAH MALAYSIA DAN ARAB SAUDI

hari arafah malaysia

Perjalanan dijangka bermula seawal 6 pagi esok menuju ke Masyair untuk melakukan ibadah wukuf di Arafah, Mabit di Muzdalifah dan Mina serta melontar di ketiga-tiga jamrah bermula 9 Zulhijah (15 Jun) di Mekah sehingga 12 Zulhijah (18 Jun) bukan sahaja memerlukan persediaan rapi dari segi juga rohani, fizikal serta mental.

Ini ditambah lagi dengan suhu semasa hari wukuf yang dijangka akan mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius akan menambahkan lagi cabaran untuk jemaah haji tahun ini.

Waktu Doa Mustajab Hari Arafah BERMULA masuk waktu Zuhur hingga waktu Maghrib pada Hari Arafah. Tarikh Hari Arafah iaitu 9 Zulhijjah 1445 H di Malaysia bagi tahun ini ditetapkan pada 16 Jun 2024 (Ahad), manakala di Mekah pada 15 Jun 2024.

WAKTU ARAB SAUDI: 9 Zulhijjah – AHAD – 16 Jun 2024
Zuhur: 12:22pm
Maghrib: 7:04pm

WAKTU MALAYSIA: 9 Zulhijjah – AHAD – 16 Jun 2024
Tengah malam: 12:04am
Selepas asar: 5:22pm

Bagi yang berada di Malaysia, puasa sehari sebelum iaitu pada 15 Jun 2024 (Sabtu) adalah puasa hari TARWIYAH manakala puasa pada 16 Jun 2024 (Ahad) dikira puasa ARAFAH. Diingatkan juga bahawa sepanjang Hari Arafah adalah waktu mustajab untuk berdoa.

hari arafah malaysia

*Jangan ketinggalan untuk selitkan segala doa yang telah lama terbuku di hati supaya Allah SWT bermurah hati untuk mengabulkannya. Aaamin..

Baca juga: Ketahui Bila Waktu Bertakbir Bagi Hari Raya Aidiladha & Jenis-Jenis Takbir

Sumber: Siti Juliana Mhd Halil

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×