Famili

Hampir 40 Kali Tukar Pengasuh, Ibu Ini Kongsi Kisah Anak Autisme Didera

572
SHARES

Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka lagi-lagi memilih taska atau penjaga untuk anak. Pemilihan penjaga yang salah boleh membahayakan nyawa anak sendiri. Oleh itu, ibu ini ceritakan pengalaman anaknya di dera oleh pengasuh.

KERAP TUKAR PENGASUH

“Kifarah itu wujud. Has nak share cerita tentang Izzat. Dari Izzat umur 1tahun 6bulan hingga 4tahun Has hantar merata kepada pengasuh mungkin ada lebih 40pengasuh tukar-tukar area rumah Has ni . Semua tak tahan dan ada yang Has tak tahan sedih tengok keadaan Izzat di dera tapi Has ni lurus bendul , dan masa tu Has tak de ilmu bab dera ni. Has tahu ambil Izzat ,cari pengasuh lain. Keluarga sendiri pun pernah ambil untuk jaga tapi jawapan tetap sama tak tahan lagi-lagi masa tu Izzat dah adik Putri dan Irfan.

IZZAT TERLALU KURUS

Dah lama kisah ni. Tapi has terimbau kembali bila tiba2 terserempak dengan bekas pengasuh izzat yang lama. Has tegur akak tu, tengok macam penat je. Rupa-rupanya nya uruskan cucu sendiri je. Entah macam mana di lain hari rezeki berjumpa semula dia dengan anak dan cucunya. Rupa-rupanya dia nak daftarkan cucunya ke pendidiksn khas ( ppki ) bila Has tanya kenapa cucu tu kak. Dia pun cakap sebiji macam Izzat. Teringat dulu macam mana luluh hati has setiap kali ambil Izzat dari rumah akak ni baju izzat penuh kopi. Hampir setiap hari. Izzat kurus sangat-sangat walhal Has bagi beras 5kilo dan telur 10biji ,serta setiap hari beli kan Izzat mainan balik tangan kosong tapi Has tak kisah sebab masa tu kira senang lagi. Has tahu Izzat tak kuat makan sebab picky eater. Bulanan has bayar rm350. Supaya akak tu tak rasa terbeban dengan Izzat, kerana Has pun tahu Izzat sangat lasak time tu. Tapi betul lah orang yang tak faham tentang Autisme ni mereka tak dapat selami jiwa anak2 Autisme ni. Has sendiri pun tak tahu izzat ada Autisme.

DIKETUK BENDA TAJAM

Suatu hari akak tu call kata dahi izzat berdarah. Has dengar macam nak jatuh jantung , masa tu Has tengah kerja , has minta izin bos balik. Balik tengok dahi Izzat satu inchi dalam lukanya. Tanya akak tu kenapa, dia cakap Izzat lasak kena bucu dinding tapi bila bawa ke klinik tanya dr …Dr cakap kena ketuk dengan benda tajam…Has cuma mampu menangis dan nekad tak hantar dah Izzat ..Has bayar akak tu full dan cakap tak hantar dah izzat .. Has cari pengasuh lain lagi ..

Nampak tak kita tak perlu pun mendoakan orang buat anak kita tapi kifarah diseraunding kita. Sebab tu berhati-hati lah dengan niat yang tak bagus. Hati kena bersih selalu dan jangan buat orang kerana ia ibarat meludah ke langit dan terkena muka sendiri …

Has tak buka aib cuma jadikan pengajaran buat diri sendiri … kifarah itu wujud …

Apapun has sentiasa doa kan yang baik2 buat cucu akak tu Aamiin2″

Sumber: Haslinah Abdul Hassan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×