Hebahan

Friso Gold: Inilah Masa Untuk ‘Say Yes To Experiences’

Friso Gold

Adakah anda seperti saya – seorang ibu yang terlalu melindungi anak? Pantang terlihat anak main lumpur, belai kucing atau terjatuh mesti automatik akan jerit “NO”? Ya, saya salah seorang daripadanya. Lebih-lebih lagi anak saya sekarang berumur setahun 4 bulan. Semua benda akan dimasukkan dalam mulut, jumpa kucing tepi jalan pun dia belai. Memang tak menang tangan dibuatnya walaupun baru anak seorang.

Namun, baru-baru ini saya telah menghadiri satu program “Say Yes To Experiences” anjuran Friso Gold di Le Meridien yang terletak di KL Sentral. Friso GoldTM yang merupakan jenama susu tepung rumusan untuk kanak-kanak menggalakkan para ibu di Malaysia untuk mengatakan ‘Ya’ pada pengalaman dan menggalakkan anak-anak mereka belajar dan berkembang menerusi penemuan dan pengalaman di sekeliling dunia mereka, terutamanya di luar rumah. Friso GoldTM juga berkongsi dengan para ibu di Malaysia pelbagai tips dan idea menarik untuk memupuk hubungan yang lebih erat dengan anak-anak mereka.

Untuk menunjukkan bagaimana pengalaman boleh membantu ibu dan anak bersama-sama menerokai dunia dan mengeratkan lagi hubungan antara mereka, Friso GoldTM telah menjemput dua orang ibu untuk menyertai ‘YES Experiment’ di mana mereka harus bersetuju dengan permintaan yang munasabah daripada anak-anak mereka selama lima minggu berturut-turut.

Low Ngai Yuen, bekas hos rancangan TV dan seorang penerbit filem, membahagikan masanya sebagai ibu kepada empat orang anak serta kerjaya yang mencabar. “Salah satu permintaan yang terpaksa saya akur semasa eksperimen ini adalah untuk membenarkan semua anak-anak saya bermain dalam hujan dengan matlamat untuk menangani masalah anak perempuan saya, Zi Yi, yang takutkan air. Ia ternyata menjadi satu pengalaman yang benar-benar menyeronokkan bagi anak-anak, termasuk saya, walaupun saya terpaksa melengkapkan mereka dengan baju hujan, melindungi mereka dengan payung dan memandikan mereka dengan air panas! Kini Zi Yi sudah tidak takut apabila terkena air pada mukanya!” jelas Low. Jom kita lihat sedutan eksperimen beliau.

 

 

Ini pula perkongsian dari Liz Yahaya seorang jurutera dan seorang ibu blogger yang terlibat dalam eksperimen ini, berkongsi, “saya adalah ibu yang terlalu mengawal anak! Saya tidak pernah membenarkan anak-anak saya memelihara haiwan peliharaan kerana saya bimbang dengan kebersihan dan kesihatan. Tetapi apabila saya membeli seekor arnab untuk anak sulung saya Aiden, dia mengejutkan saya dengan menunjukkan bahawa dia adalah seorang anak yang bertanggungjawab. Ini membuktikan bahawa dengan hanya berkata ‘Ya’, ia telah memberi pengalaman yang bermakna buat saya dan Aiden, dan telah memupuk sikap bertanggungjawab dalam dirinya!” kata Liz.

 

 

Ikuti perkongsian minggu seterusnya di pautan ini.

Pakar Perunding Pediatrik, Dr Khoo Phaik Choo bersetuju dengan kedua-dua ibu ini mengenai manfaat pengalaman ini serta teknik keibubapaan secara positif. Mengenai ibu bapa yang bimbang jika anak-anak jatuh sakit sewaktu menikmati pengalaman di luar, beliau menasihatkan agar ibu bapa mengukuhkan daya tahan anak-anak mereka kerana 80% daripada imuniti terletak pada sistem pencernaan. Menguatkan sistem penghadaman adalah perlindungan yang terbaik daripada jangkitan. Kanak-kanak yang sihat akan membesar dan dapat belajar dengan lebih baik.

it's time to say 'yes to experiences'

Friso Gold diimport 100% dari Holland. Ia melalui proses penghasilan yang unik. Friso Gold dengan Frisoshield mengandungi nutrien-nutrien penting seperti Vitamin B6 & C, Selenium, GOS, Zink dan DHA yang penting untuk ketahanan badan semula jadi kanak-kanak supaya mereka dapat terus membesar dan berkembang dari dalam.

Untuk membantu para ibu di Malaysia berkata ‘Ya’ dan mengukuhkan ikatan dengan anak-anak mereka melalui pengalaman di luar rumah, Friso GoldTM memperkenalkan satu aktiviti yang menarik di laman web untuk membolehkan ibu memulakan langkah mereka. Setiap dua minggu, satu idea pengalaman bermain di luar akan dikongsi melalui laman web ini. Para ibu cuma perlu:

  • Melayari laman web frisogold.com.my/yestoexperiences
  • Mengikut idea yang dicadangkan dan ciptai pengalaman mereka sendiri bersama dengan anak mereka
  • Menghantarkan gambar-gambar pengalaman mereka untuk mengumpul mata ganjaran dan menebus serta-merta bagi mendapatkan hadiah-hadiah eksklusif

“Pengalaman, tidak kira besar atau kecil, boleh menghasilkan memori yang kekal, memupuk kemesraan, dan yang penting membantu si manja anda belajar. Namun hanya apabila si manja anda kuat dari dalam, barulah dia mampu menerokai segala pengalaman baru bersama anda sepenuhnya. Kami amat berharap ibu-ibu di Malaysia akan mencipta dan melalui pengalaman tersendiri berbekalkan tips serta aktiviti kami di laman web yang disediakan.” ujar Wong mengakhiri pelancaran kempen.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×