Famili

‘Flash Card Tak Jalan!’-Ini Sebab Kenapa Rancangan Blippi Wajib Ditonton Oleh Kanak-Kanak

327
SHARES

Kanak-kanak dan kartun memang tidak dapat dipisahkan. Kalau tak dapat tonton di TV akan meminta telefon ibu bapa untuk melihat YouTube dan rancangan kegemaran mereka. Sebelum ini, ada isu mengatakan Cocomelon tidak sesuai untuk ditonton oleh si kecil kerana akan mempunyai masalah lambat bercakap atau speech delay.

Jadi, bagi mengelakkan anak-anak mengalami masalah tersebut, ibu bapa disarankan untuk memberi mereka menonton rancangan Blippi. Hal ini kerana rancangan tersebut akan mengulang perkataan berulang kali dan dieja satu persatu.

Baca juga: Rupanya Ada ‘Realiti Gelap’ Anak Ketagih Tengok Cocomelon, Pakar Dedah Ibarat ‘Kokain’…

INI SEBAB KENAPA RANCANGAN BLIPPI WAJIB DITONTON OLEH KANAK-KANAK

Menurut perkongsian Farhuda di laman Facebook, setiap hari dia akan meminta anak lelakinya untuk menonton Blippi Alphabet Song supaya proses mengenal huruf lebih cepat.

Rancangan wajib ditonton anak-anak. 

B.L.I.P.P.I 

Ia merupakan a must watch educational show for kids. Banyak bermain dengan warna, perkataan yang disebut berulang kali, benda yang dieja satu persatu, simulasi, the process dan macam-macam lagi. Ia benar-benar rancangan yang bagus untuk anak-anak tonton. 

Memang anak-anak dok tonton dah selama ni, tapi kami ambil peluang minta Rayyan tonton Blippi Alphabet Song setiap hari untuk mengenal huruf. Wajib setiap hari. 

Alhamdulillah senang sahaja nak ajar anak ke-3 saya ini membaca. Sebelum ni rasa nak koma mengajar kakak-kakaknya. Anak-anak saya tak jalan dengan flashcard. Emaknya pun jenis kurang sabar, jadi ada baiknya benarkan mereka ulang tonton video Alphabet song tu. 

Anak suka, emak pun tak hijau. Usai mengenal huruf, terus fokus baca suku kata terbuka setiap hari. Dengan teknik qiraati/phonic sound. Tak perlu mengeja. 

Jadi hasilnya dah boleh membaca ayat-ayat pendek dalam masa 2 bulan. Depa pun speaking bukan main berhabuk dah sekarang walaupun kami bukan speaking pun di rumah.

“BETUL, FLASH CARD TAK JALAN…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para ibu turut bersetuju dengan perkongsian Farhuda dan turut memberitahu perkembangan anak mereka selepas menonton Blippi. Menjadi!

Sumber: Facebook Farhuda Zulaikha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×