Doa majlis kesyukuran dan doa selamat sering dibacakan dalam majlis-majlis kesyukuran sama ada majlis rasmi, separuh rasmi atau kasual.
Contohnya dalam majlis harijadi, majlis sambutan ulangtahun, majlis perkahwinan, majlis keramaian dan sebagainya.
Seperti yang kita maklum, pengertian selamat itu sendiri adalah terbebas dari bahaya, terhindar dari bencana, jauh dari malapetaka, tidak mendapat gangguan kerusakan, tidak kurang suatu apapun dan dijauhkan dari perbuatan yang salah.
Maka doa majlis kesyukuran adalah permohonan kita sebagai hamba kepada Allah agar dikurniakan keselamatan di dunia dan di akhirat.
Berikut dikongsikan beberapa contoh bacaan teks doa selamat yang diambil daripada Buku Panduan JAKIM untuk rujukan anda membacanya di majlis rasmi atau sebarang majlis keramaian.
Baca juga: Cara Sujud Syukur: Perlukah Wuduk Dan Menghadap Kiblat?
6 Doa Majlis Kesyukuran Ringkas Beserta Maksud (Boleh Print PDF)
Doa Selamat 1
Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera.
Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah.
Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya
Allah kami memohon bantuan dan pertolongan.
Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal
yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman.
Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di
samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang.
Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan.
Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini .
Doa Selamat 2
Doa Selamat 3
Doa Selamat 4
Doa Selamat 5
Doa Selamat 6
Semoga bermanfaat dan dapat dipraktikkan di majlis agar beroleh keberkatan.
Baca juga: Solat Sunat Nikah (Zifaf) : Penjelasan, Hukum & Cara Mengerjakannya
Untuk mencetak terus dari versi PDF, anda boleh memuat turunnya di sini: Panduan Doa Rasmi JAKIM