Euforia Bola 2026
Nur

Betul Ke Pasang Lagu Dalam Kereta Panggil Syaitan? Penjelasan PU Salman Buat Ramai Lega…

Persoalan mengenai hukum dengar lagu ketika berada dalam kereta sering menjadi perbincangan dalam kalangan masyarakat. Ada yang mendakwa perbuatan menyanyi atau memasang lagu ketika memandu boleh mengundang syaitan, manakala bacaan zikir dan al-Quran pula mengundang kehadiran malaikat.

Baca juga: “Utamakan Fatima”– Fazura Minta Semua Pihak Berhenti Campur Tangan, Pilih Co-Parenting Dengan Fattah Amin

DENGAR LAGU DALAM KERETA UNDANG SYAITAN?

DENGAR LAGU

Kredit: Magnific

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok miliknya, PU Salman menjelaskan perkara tersebut dengan merujuk kepada sebuah hadis serta penerangan ulama mengenai maksud sebenar berkaitan zikir, syair dan hiburan ketika bermusafir.

Menurut PU Salman, terdapat hadis yang menyebut bahawa seseorang yang menaiki kenderaan sambil mengingati Allah SWT akan ditemani oleh malaikat.

Beliau memetik hadis riwayat Imam al-Tabrani yang bermaksud:

“Tidaklah seseorang yang menaiki kenderaan lalu dia menyendiri dalam perjalanannya dengan mengingati Allah melainkan malaikat akan menjadi temannya. Dan tidaklah seseorang menyendiri dalam perjalanannya dengan syair dan seumpamanya melainkan syaitan akan menjadi temannya,” jelasnya.

Berdasarkan hadis tersebut, PU Salman menjelaskan bahawa amalan seperti membaca al-Quran, berzikir dan mengingati Allah ketika dalam perjalanan adalah perkara yang membawa kepada kebaikan.

Zikir dalam kereta undang rahmat Allah

DENGAR LAGU

Menurutnya, apabila seseorang mengisi masa perjalanan dengan zikir atau bacaan al-Quran, ia merupakan satu bentuk mengingati Allah yang boleh mendatangkan ketenangan.

Beliau turut mengingatkan agar umat Islam mengambil peluang ketika berada dalam kenderaan untuk melakukan amalan yang bermanfaat.

Namun begitu, PU Salman menjelaskan bahawa maksud hadis tersebut bukan bermakna semua bentuk nyanyian atau lagu secara mutlak akan menyebabkan seseorang ditemani syaitan.

Katanya, Imam al-Munawi dalam kitab Faid al-Qadir menjelaskan bahawa syair yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah syair yang tercela, iaitu perkara yang melalaikan atau mengandungi unsur tidak baik.

PU Salman menegaskan bahawa lagu yang mempunyai kandungan baik dan tidak melanggar syariat tidak semestinya termasuk dalam perkara yang ditegah.

Namun, beliau menasihatkan agar umat Islam bijak memilih hiburan serta tidak melupakan tujuan utama iaitu mengingati Allah SWT.

Ketika berada dalam perjalanan, umat Islam digalakkan memperbanyakkan zikir, membaca al-Quran dan doa agar perjalanan dipermudahkan serta mendapat perlindungan daripada Allah SWT.

Baca juga: ‘Tabik Spring’! Syafiqa Sarat Hamil 5 Bulan Tetap Beraksi Cemerlang, Bawa Pulang Pingat Perak Dari Glasgow

Sumber: TikTok PU Salman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×