Hebahan

deli Shell Kini Di Stesen LRT Abdullah Hukum

58
SHARES

Shell Malaysia memperkenalkan deli by Shell, kiosk makanan luar stesen minyak pertama di Malaysia yang dibuka di stesen LRT Abdullah Hukum.

Direka untuk memberi kemudahan tambahan kepada rakyat Malaysia dalam perjalanan harian, deli by Shell menawarkan makanan dan minuman seperti Nasi Lemak Bungkus, Donat Ikan Bilis dan Nasi Buttermilk Ayam.

Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd berkata:

“Sebagai peruncit mobiliti, kami terus berinovasi dengan pelanggan sebagai pusat keputusan kami. Kami menjaga bukan hanya kenderaan, tetapi orang dalam perjalanan mereka.

Oleh kerana kesibukan orang memerlukan lebih banyak kemudahan bergerak, kami mengambil langkah berani ini untuk menawarkan kemudahan dan makanan dan minuman hebat kepada penumpang di luar stesen kami ”.

Pengguna LRT kini boleh mengakses kemudahan ekstra di deli by Shell dalam menjalani rutin harian yang sibuk. Pelanggan boleh mengisi perut dengan menu lazat Nasi Lemak ataupun menikmati secawan kopi. Terdapat lebih 20 menu yang boleh dipilih.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×