Anda semua mesti pernah mengisi minyak petrol di stesen minyak Shell dan telah menjadi salah satu pelanggan tetap mereka kan? Oleh itu, pasti anda mahukan sistem yang lebih efisien dan memudahkan. Betul tak?
Ha…kalau anda nak tahu, aplikasi Shell telah menjadi satu platform di mana anda semua dapat nikmati kelebihan dan pelbagai manfaat dari mereka tau.
Jom kita tengok satu per satu apa yang menarik mengenai aplikasi Shell ini.
1. Tak perlu beratur panjang untuk bayar minyak di kaunter
Kadang-kadang kalau anda nak mengisi bahan api di petrol pam ni mesti rasa malas kan? Lagi-lagi kalau yang ada anak kecil tu. Nak kena angkut seorang demi seorang turun sekali dan beratur untuk membayar di kaunter. Hmm rasa leceh pula.
Tapi, kalini tak perlu risau lagi, sebab anda boleh mula membayar melalui aplikasi Shell sahaja. Anda juga boleh terus mendapatkan resit pembayaran tersebut dengan memuat turun atau menghantar terus e-resit tersebut ke email anda. Mudah kan?
2. Sistem pengesahan yang selamat
Ramai juga yang tertanya-tanya adakah selamat membuat pembayaran secara dalam talian melalui aplikasi Shell? Jawapannya, Ya! Mestilah selamat…
Ini kerana aplikasi ini telah menyediakan ciri Pay For Fuel yang dilengkapi dengan pengesahan 3-D Secure untuk transaksi dalam talian dan memastikan bahawa anda adalah orang yang tepat untuk membenarkan pembayaran itu.
Anda juga akan menerima nombor OTP dan juga boleh auto copy and paste terus je pada aplikasi tersebut je. Ianya juga sah digunakan dalam masa yang singkat sahaja.
3. Semua pengguna aplikasi Shell ini auntomatik akan menjadi ahli Bonuslink
Pernah dengar tentang kad Bonuslink? Kalau anda dah ada kad ini, anda boleh memautkan terus ke dalam aplikasi Shell tau! Lepastu, boleh lah nikmati pelbagai faedah yang ditawarkan. Antaranya adalah:
- Berpeluang untuk mendapat dan mengumpul mata ganjaran apabila korang membayar bahan api dengan menggunakan aplikasi Shell.
- Boleh menebus tawaran masa terhad seperti diskaun atau menggabungkan sekali dengan promosi lain secara serentak.
- Tidak perlu Kad BonusLink fizikal atau sebarang aplikasi tambahan, kerana semua penebusan boleh dilakukan dengan hanya menggunakan Aplikasi Shell
Bagi yang belum menjadi ahli tu, tak perlu risau! Akaun Bonuslink ini akan dicipta untuk anda melalui aplikasi ini nanti.
Jadi, nak tebus sebarang baucar tunai atau diskaun, anda hanya perlu memaparkan kod QR di kaunter sahaja. Bestnya!
4. Boleh semak Power Up
Bukan itu sahaja, melalui aplikasi Shell ini juga, anda boleh menyemak dan menjejak ganjaran Power Up di mana anda boleh unlock pada level yang paling tinggi.
Selepas anda dah semak, boleh lah tengok ganjaran mana yang paling menarik anda boleh nikmati. Nanti boleh lah tebus ganjaran Power Up tersebut dengan mereka nanti.
5. Boleh search stesen berdekatan dengan cepat dan mudah
Buat anda yang sentiasa berjalan jauh atau sering menghadap jem tu, mesti risau dekat mana nak cari petrol pam berdekatan kan?
Tak apa, Aplikasi Shell ini pun boleh membantu anda untuk menemui stesen yang terdekat dengan kemudahan khusus seperti surau, tukar minyak pelincir kereta dan banyak lagi. Jadi, tak payah pening-pening nak fikir dah!
Nampak tak betapa senang nya bila ada aplikasi Shell ni? Apa lagi, jom lah muat turun sekarang!
Kalau anda nak nikmati ganjaran dan pelbagai kemudahan yang ada, jangan lupa untuk memuat turun aplikasi Shell di Apple Appstore dan juga Google Play.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Shell.