Pernah dengar tentang daun senduduk? Kalau anda jenis suka berkebun, masuk hutan atau randuk semak, inilah daun yang patut anda kenal.
Menurut perkongsian Nuraishah Shamsuddin, daun senduduk ini bukan sekadar tumbuhan biasa. Ia malah jadi “sabun semula jadi” yang mampu meredakan gatal-gatal kulit dan menjadikan badan bersih serta lembut selepas digunakan.
DAUN SENDUDUK BANTU HILANGKAN GATAL PADA KULIT

Gambar Nuraishah Shamsuddin
Dalam perkongsiannya, Nuraishah menceritakan pengalaman sendiri:
“Kalau gatal-gatal badan lepas berkebun atau randuk semak, cari daun ini. Dia biasa ada dekat kawasan semak dan hutan.
“Daun senduduk dan senduduk bulu namanya. Ada juga panggil daun ini sabun orang asli sebab bila ditonyoh dengan air dia keluar buih macam sabun.”
Bayangkan, tanpa bahan kimia atau wangian sintetik, daun senduduk menghasilkan buih semula jadi yang boleh digunakan untuk menyental badan dan menghilangkan daki.
Selepas mandi, kulit terasa lembut, segar dan bersih iaitu rasa “natural glow” yang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata.

Gambar Nuraishah Shamsuddin
Nuraishah turut berkongsi bagaimana daun senduduk menjadi penawar kepada pelbagai masalah kulit:
“Lepas itu, gatal-gatal sebab hama, gegata semua cepat sahaja reda. Bukan setakat itu saja, daun ini juga aku guna untuk redakan bengkak dan sakit bila terkena sengat. Memang mujarab.”
Dalam dunia perubatan tradisional, daun senduduk memang terkenal sebagai herba anti-radang dan antiseptik semula jadi. Ia sering digunakan oleh orang dulu-dulu untuk merawat luka kecil, gigitan serangga dan juga masalah kulit akibat alahan ringan.
Baca juga: Akak Farmasi Saran Guna Spray Hidung Ini Bila Anak Bersin Tak Henti, Terus Tak Jadi Selesema!
Menariknya, Nuraishah tidak berhenti setakat menggunakan daun ini mentah-mentah. Dia mengolahnya menjadi produk penjagaan diri yang mesra alam dan bebas bahan kimia:
“Oleh disebabkan daun ini ada potensi, aku petik semua daun senduduk yang ada keliling kebun buat jadi sabun dan skrub. Pati dia masuk dalam sabun, hampas dia pula jadi skrub. Zero waste, sustainable, 100% organik.”
Perkongsian Nuraishah bukan sekadar tentang daun senduduk, tapi juga satu pesanan tentang menghargai alam ciptaan Tuhan.
“Setiap benda Allah cipta keliling kita ada guna dia. Tinggal nak olah sahaja bagi jadi lagi mudah dan bermanfaat.”
Baca juga: Bahaya Jantung Jadi Laju Luar Biasa Semasa Bersenam! Ini 7 Cara Kawal Degupan Supaya Tak “Overlimit”
Sumber: Nuraishah Shamsuddin
FT Image: Nuraishah Shamsuddin
