Cantik

Bukan Untuk Minuman Saja, Daun Pudina Juga Bagus Untuk Kulit Muka!

7
SHARES
daun pudina

Daun pudina ini sebenarnya banyak kegunaannya. Terkenal dalam masakan sama ada minuman atau makanan, pasti anda dapat jumpa daun ini. Tapi tahukah anda daun pudina sudah mula masuk dalam dunia kecantikan sebagai satu bahan yang berfungsi untuk mencantikkan kulit!

Jika anda perasan, banyak sebenarnya produk yang telah menggunakan daun pudina seperti lotion, pencuci muka dan shampoo. Untuk pengetahuan, ada cara semulajadi yang boleh kita amalkan untuk mendapatkan kulit sihat menggunakan daun pudina ini tanpa mengharapkan lagi produk daripada kedai. Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai tips menggunakan daun pudina demi kulit cantik!

Baca juga: Bukan Hanya Makan Dengan Laksa Je, Rupanya Ada Banyak Khasiat Daun Pudina Yang Best!

TIPS DAPATKAN KULIT MUKA ‘FLAWLESS’ GUNA DAUN PUDINA

1. SKRUB MUKA SUSU, MADU, OAT, TIMUN DAN DAUN PUDINA

daun pudina

Ini adalah skrub yang terbaik digunakan untuk kulit sensitif dan kering. Skrub ini lembut pada wajah tetapi ia membersihkan liang-liang dan juga mengeluarkan sel kulit mati. Malah, ia juga bertindak menyuburkan kulit anda dan menjadikannya kelihatan berseri-seri dan sihat. Amalkan sebanyak 2 ke 3 kali seminggu.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar oat
  • 10-12 daun pudina
  • 1 sudu teh madu
  • 2 sudu teh susu
  • Setengah inci sepotong timun

Cara-cara:

  1. Parut timun dan tumbuk daun pudina.
  2. Gabungkan kesemua bahan sehingga anda mendapat adunan yang kasar.
  3. Sapukan campuran ini pada muka anda dan biarkan ia kering selama kira-kira 7 minit.
  4. Selepas 7 minit, gosok muka dengan perlahan dalam gerakan membulat untuk menghilangkan sel kulit mati.
  5. Gosok selama 2 hingga 3 minit dan kemudian bilas muka dengan air sejuk.

2. YOGURT DAN DAUN PUDINA UNTUK KULIT KERING

daun pudina

Yogurt menghidratkan kulit manakala multani mitti memekatkan campuran dan seterusnya menyihatkan kulit anda dengan kandungan mineralnya yang tinggi. Pek ini akan membuatkan kulit muka rasa licin, terhidrat dan juga sihat. Amalkan setiap 1 atau 2 kali seminggu.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar yogurt
  • 1 sudu besar multani mitti
  • 10-12 daun pudina

Cara-cara:

  1. Tumbuk dan kisar daun pudina dengan lesung batu. Kemudian, tambah yogurt dan multani mitti ke dalamnya.
  2. Kacau bahan-bahan sehingga mendapat adunan yang halus.
  3. Sapukan campuran ini di muka seperti anda memakai pek muka.
  4. Biarkan ia selama 20 minit dan selepas itu bilas muka anda dengan air sejuk.

3. PEK MUKA LEMON DAN DAUN PUDINA UNTUK JERAWAT

daun pudina

Daun pudina mengandungi asid salisilik yang merawat dan mencegah jerawat. Sementara itu, jus lemon pula mempunyai sifat pelunturan ringan yang boleh memudarkan parut jerawat. Selain itu, jus lemon juga mempunyai vitamin C yang berupaya meningkatkan proses penyembuhan kulit anda. Amalkan sekali sehari.

Bahan-bahan:

  • 10-12 daun pudina
  • 1 sudu besar jus lemon

Cara-cara:

  1. Tumbuk dan kisar daun pudina menggunakan lesung batu. Kemudian, tambahkan jus lemon kepadanya.
  2. Sapukan campuran ini pada jerawat, parut jerawat atau kawasan berpotensi jerawat pada kulit muka anda.
  3. Biarkan ia di muka selama 15 minit kemudian anda boleh membilas muka dengan air sejuk.

4. PEK TIMUN DAN DAUN PUDINA UNTUK ‘SUNBURN’

daun pudina

Timun dan daun pudina mengandungi ‘cooling effect’ pada kulit. Malah, apabila digabungkan kesan ini dengan sifat anti-radang daun pudina, ia dapat melegakan kesakitan kulit terbakar. Selain itu, ia juga bertindak memastikan kulit terbakar anda sembuh dengan cepat. Amalkan 2 kali sehari.

Bahan-bahan:

  • 1/4 timun segar
  • 10-12 daun pudina

Cara-cara:

  1. Kisar kesemua bahan sehingga anda mendapatkan campuran yang halus.
  2. Sapukan campuran itu pada bahagian kulit muka yang terbakar.
  3. Biarkan selama 20 minit dan bilaskannya dengan air sejuk.

5. PEK MUKA TIMUN, DAUN PUDINA DAN MADU UNTUK MEMUTIHKAN KULIT

daun pudina

Madu mengandungi sifat pelunturan ringan yang mana ia berupaya mencerahkan kulit sawo matang dan memudarkan kesan jerawat. Selain itu, ia juga mampu menghalang pigmentasi kulit, membersihkan wajah dan memperbaiki kulit anda. Timun pula bertindak menghidratkan kulit dan mempunyai sifat menenangkan yang dapat mendinginkan keradangan. Amalkan selama 1 hingga 2 kali seminggu.

Bahan-bahan:

  • 1/2 inci hirisan timun
  • 10-12 daun pudina
  • 1/2 sudu besar madu

Cara-cara:

  1. Kisar kesemua bahan sehingga anda mendapat campuran yang halus.
  2. Sapukan campuran pada muka anda seperti memakai pek muka.
  3. Biarkannya selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air sejuk.

6. MULTANI MITTI DAN DAUN PUDINA UNTUK KULIT BERMINYAK

daun pudina

Multani mitti adalah bahan terbaik untuk mengawal minyak. Dengan kombinasinya bersama daun pudina, ia dapat menyihatkan wajah dengan kandungan mineralnya yang tinggi dan mampu mengeluarkan lebihan minyak pada kulit sambil membersihkan pori secara mendalam.

Madu dan dadih dalam pek muka ini berfungsi memulihkan keseimbangan kelembapan kulit tanpa meninggalkannya berasa berminyak. Amalkan selama 1 hingga 2 kali seminggu.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar multani mitti
  • 10-12 daun pudina
  • 1/2 sudu besar madu
  • 1/2 sudu besar dadih

Cara-cara:

  1. Tumbuk dan kisar daun pudina menggunakan lesung batu dan tambahkan multani mitti, madu dan dadih.
  2. Kacau kesemua bahan sehingga anda mendapat campuran yang halus.
  3. Sapukan campuran pada muka anda seperti memakai pek muka.
  4. Biarkannya selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air sejuk.

7. PEK MUKA PISANG DAN DAUN PUDINA UNTUK KULIT BERSERI

daun pudina

Pisang kaya dengan sumber vitamin A, B, C dan E. Ia juga mengandungi kalium, lektik, asid amino dan zink. Kombinasi nutrisi ini boleh menghidratkan kulit, menyuburkannya, melawan kerosakan oksidatif, mencegah jerawat, memudarkan parut jerawat, meningkatkan pengeluaran kolagen, melawan kerosakan UV dan meningkatkan keanjalan kulit.

Apabila digabungkan dengan daun pudina, pisang boleh menaikkan kesihatan kulit dan menjadikannya nampak berseri. Amalkan selama 1 hingga 2 kali seminggu.

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar pisang dilenyek
  • 10-12 daun pudina

Cara-cara:

  1. Kisar pisang dan daun pudina bersama sehingga menjadi campuran yang halus.
  2. Sapukan campuran pada muka anda seperti memakai pek muka.
  3. Biarkannya selama 15 hingga 30 minit dan kemudian bilas dengan air sejuk.

8. DAUN PUDINA UNTUK KULIT KERING DAN GATAL

Daun pudina memiliki sumber mentol yang baik, di mana ia mempunyai ciri anti-radang yang mengurangkan kegatalan dan jenis kemerosotan kulit yang lain. Selain itu, daun pudina juga merupakan sumber rosmarinic yang hebat, asid semulajadi untuk merawat ruam. Amalkan selama 1 hingga 2 kali sehari.

Bahan-bahan:

  • 6 sudu teh daun pudina segar
  • 1/2 liter air
  • Kain lap

Cara-cara:

  1. Rebus daun pudina dalam setengah liter air selama 20 minit.
  2. Biarkan air sejuk dan kemudian tapis.
  3. Rendam kain lap dalam teh yang telah disejukkan.
  4. Sebarkan kain pada bahagian kulit yang terjejas.
  5. Biarkannya selama 2 hingga 3 minit dan ulang proses ini selama 4 ke 5 kali.

9. AIR DAUN PUDINA SEBAGAI TONER MUKA

daun pudina

Daun pudina adalah pencuci dan astringen yang sangat baik. Kandungan asid salisiliknya mengawal dan menghalang jerawat. Ia turut melonggarkan sel kulit mati. Amalkan selama 1 hingga 2 kali sehari.

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar daun pudina segar
  • Pad kapas
  • Pelembap

Cara-cara:

  1. Rebus daun pudina dalam satu setengah cawan air selama kira-kira 20 minit.
  2. Biarkan air sejuk dan kemudian tapis daun pudina.
  3. Sapukan larutan ini pada muka dengan pad kapas selepas mencuci muka.
  4. Kemudian, teruskan untuk melembapkan muka anda.
  5. Anda boleh menyimpan larutan di dalam peti sejuk selama 6-7 hari.

10. Madu, Air Mawar Dan Daun Pudina Untuk Kulit Normal

Air mawar menghaluskan liang-liang, menghidratkan kulit, mengawal jerawat, semuanya sambil melembutkan kulit anda. Apabila digabungkan dengan madu dan daun pudina, ia menyegarkan kulit, meningkatkan seri wajah dan mengekalkan kelembapan kulit anda. Amalkan selama 1 hingga 2 kali seminggu.

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar air mawar
  • 1/2 sudu besar madu
  • 10-12 daun pudina

Cara-cara:

  1. Kisar kesemua bahan sehingga anda mendapat campuran yang halus.
  2. Sapukan campuran pada muka anda seperti memakai pek muka.
  3. Biarkannya selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air sejuk.

Selamat Mencuba!

Sumber: Stylecraze

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×