Famili

Cuba 3 Teknik Urutan Ini Untuk Lancarkan & Banyakkan Susu Badan

566
SHARES

“Kenapalah susu badan aku ni tak banyak? Kena mengurut la gamaknya…”

Bukan semua ibu dapat menghasilkan susu badan yang banyak. Ada juga dalam kalangan si ibu yang hanya mampu memberikan susu badan dalam kuantiti yang sedikit sahaja untuk si manja. Namun, anda boleh cuba amalkan teknik urutan ini supaya penghasilan susu badan akan bertambah!

3 TEKNIK URUTAN UNTUK LANCAR DAN BANYAK SUSU BADAN YANG WAJIB IBU TAHU

Banyak kali dapat soalan seperti ni. Kak ekin, nenen saya macam bengkak. Tapi bila pam susu sikit. Anak pun macam tak puas minum. Kenapa? Kak ekin, napa bila saya pam susu tetiba sikit. Selalu dapat 4oz, kali ni dapat 2oz je.Kak ekin, napa nenen saya lembik je. Macam tak ada susu? Ya Allah kesian kak ekin dengar.

Sebab yang paling utama adalah NENEN TAK BERURUT. Jadi kelanjar susu tersumbat. Itu yang sekat kelancaran pengeluaran susu ibu. Sebab tu ibu boleh rasa biji-biji kat breast tu.Urutan boleh dibuat setiap kali sebelum mulakan sesi penyusuan. Amik masa dalam 3-5 minit jer.Kalau tak dapat buat selalu, buat sehari sekali dah memadai. Bergantung pada keadaan ibu. Kelmarin Kak ekin ada buat live tutorial urutan untuk meningkatkan dan melancarkan pengeluaran susu badan.Jadi dalam pos ni Kak ekin terangkan semula ‘step by step’ disetiap gambar dan video dibawah supaya ibu mudah faham.

1. URUTAN KASIH

Sebab urutan ni mampu menjadikan ibu rasa relax dan bantu ibu hasilkan hormon gembira atau ‘oksitocin’. Bila ibu happy, susu pun akan banyak. Urutan ni memerlukan seseorang untuk bantu ibu. Jadi ibu boleh minta suami atau kawan yang urutkan.

STEP 1: Posisi ibu perlu duduk di kerusi dan menelungkup ditepi meja supaya badan sedikit membongkok. Ibu duduk dalam keadaan tenang sambil memikirkan yang indah-indah.

STEP 2: Mulakan dahulu dengan mengurut di bahagian leher dan bahu si ibu beberapa minit. Ianya sebagai ‘warming up’ dan hilangkan rasa tegang pada badan ibu.

STEP 3 : Selepas itu, gunakan kedua ibu jari tangan. Kemudian urut di kedua-dua bahagian tepi tulang belakang. Tekan sedikit badan si ibu dengan ibu jari dan lakukan urutan bulatan setempat beberapa saat. Lakukan urutan dari bahu hingga ke pinggul dan ulang balik step beberapa kali. Jangan urut diatas tulang belakang tau.

2. URUTAN SUSU BADAN

Teknik ni sangat bagus untuk pengeluaran susu, memecahkan biji susu yang tersumbat. Sekiranya breast ibu dalam keadaan bengkak, tuam suam pada breast seketika. Then baru mulakan urutan susu.

STEP 1 : Lakukan dulu sebelah kiri/kanan. Tekan lembut pada sekeliling breast. Lakukan 360 darjah.

STEP 2: Letakkan 3 jari dibahagian atas breast dan gerakkan jari secara bulatan sehingga ke puting breast. Urut keseluruhan breast tu, kat mana dia bermula, kat situlah juga akhirnya. Faham kan?

STEP 3: Kemudian tarik dari bahagian belakang breast bawa ke arah puting. Buat 360 darjah juga. Kemudian boleh buat semula step yang sama dibelah yang lain. Dah siap kedua belah. Ibu boleh gentel lembut sikit dibahagian puting.

Kebiasaannya ibu akan terasa ‘letdown reflex’ pada saat ni. Breast terasa panas, penuh dan sehingga susu menitik tak sabar nak keluar. Segera mulakan sesi pam atau terus diberi pada anak.

3. URUTAN MAMPAT

Yang ni kak ekin jarang praktikkan. Melainkan bila pengeluaran susu tiba-tiba berkurang atau terhenti ketika sesi penyusuan.
Ibu pegang breast dalam bentuk ‘C’ iaitu jari tangan berada di bahagian atas breast dan 4 lagi jari tu letak di bahagian bawah breast. Lepastu, tekan breast dengan lembut supaya susu keluar. Ianya seperti teknik mermet atau pam tangan.

Tekan breast beberapa kali dan ibu akan lihat aliran susu tu keluar dengan laju.Kalau ibu yang sedang pam susu, Kak ekin sarankan jangan tekan terlalu dekat dengan pam, takut menganggu proses pengepaman. Apabila aliran susu dah semakin perlahan, lepaskan tekanan tu tadi. Kemudian ulang balik teknik ni beberapa kali sehingga susu berhenti dan tiada.

DOA URUTAN SUSU

Jadi, ibu-ibu selamat mencuba.

Sumber : Nurasyikin Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×