Famili

Pulau Pinang Umum Inisiatif Air Percuma Untuk Rakyat Bermula Julai Hingga Disember

9
SHARES
bil air

Berita baik untuk semua rakyat negeri Pulau Pinang, kerajaan negeri mengumumkan inisiatif bil air percuma dalam bentuk rebat. Ini akan menyaksikan pengguna band pertama hanya bayar RM6.20 untuk dua bulan, berbanding RM12.40.

Sebanyak 10,000 liter air pertama bagi setiap bil air dijadikan percuma bagi rakyat Pulau Pinang. Kemudahan ini bermula selama enam bulan dari Julai hingga Disember, bagi mengurangkan impak kenaikan tarif air.

Baca juga: Wanita Timang Anak Sulung Ketika Suami Usia 80 Tahun, Netizen Minta Kongsi Tips!

REBAT BIL AIR DI PULAU PINANG

bil air

Menurut laporan Free Malaysia Today juga, di samping rebat air percuma, rebat sedia ada iaitu RM20 bagi isi rumah lapan individu atau lebih, dengan pendapatan bulanan RM2,250 dan ke bawah, diluaskan kepada isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 dan ke bawah.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Zairil Khir Johari ketika mengumumkan inisiatif ini berkata, pengguna dalam band pertama hanya perlu membayar RM6.20 untuk dua bulan, berbanding RM12.40. Lebih menjimatkan!

Manakala pengguna dalam band kedua yang dibil RM30 contohnya hanya perlu membayar RM RM23.80 untuk dua bulan, katanya. Dalam kadar baharu yang diumumkan awal tahun ini, kadar air domestik ditetapkan pada 62 sen untuk 20 meter padu pertama (naik 182% daripada 22 sen), RM1.17 untuk band kedua (20 meter padu ke atas hingga 35 meter padu (naik 154% daripada 46 sen), dan RM2.07 untuk band ketiga (melebihi 35 meter padu).

Kadar untuk band pertama tidak dikaji semula selama 31 tahun manakala kadar untuk band lain tidak disemak sejak sembilan tahun lepas.

*Tapi ingat, gunakan air dengan sebaiknya dan jangan membazir ya!

Baca juga: 7 Tragedi Culik dan Bunuh Kanak-Kanak Pernah Menggemparkan Malaysia, Sebak..

Sumber: FMT

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×