Famili

Ibu Ini Kongsi Cara Macam Mana Nak Solat Awal Waktu Bila Anak Suka ‘Menempek’ Minta Susu

95
SHARES

“Bagaimana untuk solat awal waktu bila anak suka mengempeng?”

Anak suka mengempeng dan merengek minta susu tidak kira waktu ini adalah pengalaman merunsingkan buat si ibu. Terutama sekali, apabila si ibu mahu solat di awal waktu itu jugalah kena melayan kerenah anak. Jadi, ada caranya yang lebih mudah untuk memastikan anda mendapatkan solat yang kusyuk dan solat di awal waktu walaupun mempunyai anak kecil di rumah.

MACAM MANA NAK SOLAT  AWAL WAKTU BILA ANAK SUKA MERENGEK

First of all, ini bukanlah tips dari saya 100%. Sejujurnya, banyak kali saya tak berjaya nak apply kesemuanya. Tapi saya cuba juga buat tips-tips yang saya baca ini. Kebanyakan memang berhasil cuma perlukan istiqamah untuk melakukannya. Terima kasih kepada para ibu-bapa yang telah berkongsi semua tips ini (maaf saya tak ingat sumber setiap satu). Semoga pahala jariah ini berpanjangan apabila diamalkan oleh orang lain.

1. Pastikan anak dalam keadaan selesa

Sebelum masuk waktu solat, pastikan pampers anak tidak penuh atau pampers diganti dahulu. Bersihkan anak dan sekiranya perlu, boleh bawa anak solat bersama bila anak sudah dibersihkan.

2. Pastikan anak kenyang dan tidak lapar

Susukan anak sebelum masuk waktu solat. Sekiranya anak sudah mula makan, cuba beri anak makan dahulu supaya anak tidak meragam.

3. Berikan mainan yang bersesuaian

Berilah busy book, soft toys dan apa sahaja yang boleh buat anak busy sekejap dalam masa 5 minit. Dan solatlah berhampiran anak supaya anak tidak meragam mencari ibunya.

4. Ajar anak senyap waktu azan

Biasakan anak senyap dengan beri signal jari di mulut dan bagi tahu panggilan azan itu adalah untuk ibu solat. Dan segeralah solat pada waktu itu secara konsisten setiap hari supaya anak faham dengan konsep azan = ibu solat sekejap.

5. Ajak anak solat bersama

Kaedah ini boleh dipraktiskan dari usia bayi lagi. Biasakan solat berhampiran bayi. Bila anak sudah mula faham, ajak dia untuk bersolat sama walaupun akhirnya ibu dan ayah menjadi ‘kuda’.

Fasa ini memerlukan kesabaran. Khadijah pun suka menguji saya. Kadang-kadang dia korek hidung saya waktu tahiyat. Kadang-kadang dia suap biskut. Bila saya tutup mata, dia buka mata saya dan say ‘Cakkk’. Duduk atas kepala sudah menjadi perkara biasa.

Tapi akhir-akhir ni dia dah mula faham dan mula ikut solat sama walaupun tak sampai seminit telekung dah tercabut dan biasanya dia sambung main semula macam tak ada apa-apa berlaku. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan semoga kita semua (terutamanya saya) sentiasa berusaha untuk solat di awal waktu agar urusan harian lebih teratur. Amin.

p/s: Kalau ibu-ibu ada tips yang lain, kongsikanlah ya. Mana tahu tips yang diberikan lebih menarik dan mudah untuk dibuat.

**mengempeng = anak melekat nak menyusu dalam tempoh yang lama.

Sumber : Nad Masrom

Most Popular

To Top