Dapur

Cara Masak Sambal Ayam Penyet Paling Simple & Pedas ‘Kaw Kaw’ Macam Di Indonesia

95
SHARES

Buat penggemar nasi ayam penyet yang merupakan makanan berasal dari negara seberang Indonesia ini, pastinya sambal menjadi penarik utama bagi menentukan kesedapan nasi ayam penyet tersebut. Tetapi, bila sudah mencuba pelbagai jenis kedai yang menjual juadah ini, nampaknya masih tidak puas hati terutamanya bagi tahap kepedasan sambal tersebut.

Oleh itu, apa kata anda cuba buat sendiri sambal nasi ayam penyet yang persis restoran di Indonesia dan yang paling seronok sekali adalah anda boleh tambah berpinggan-pinggan. Barulah puas nak makan!

RESEPI SAMBAL PENYET PALING SENANG

Jarang-jarang saya buat sambal penyet. Hari ni kebetulan beli banyak tomato, jadi saya masak sambal penyet buat stok dalam peti. Esok lusa kalau teringin nk makan pedas, makan je dengan sambal penyet ni ha dengan nasi panas².

Resepinya mudah sahaja.

Bahan-bahan sambal ayam penyet

– 7 tomato merah

– 5 cili merah besar

– 20 cili merah kecik

– 2 biji bawang merah

– 2 ulas bawang putih

– Sedikit belacan

– Garam dan gula

– Minyak masak

Cara memasak

– Panaskan setengah cawan minyak masak ke atas kuali.

– Masak bawang merah & bawang putih hingga berbau harum.

– Masukkan semua tomato dan masak sampai lembik.

– Masukkan semua cili merah dan belacan, gaul sebati bersama tomato tadi.

– Padamkan api dapur dan rehatkan masakan seketika sehingga suhu menjadi suam.

– Kemudian, kisarkan masakan ke dalam blender tapi jangan kisar terlalu kerap. Elakkan sambal penyet menjadi halus.

Kita tak nak tekstur sambal penyet mcm cili bo.

– Sesudah kisar, masukkan semula ke dalam kuali dan masak sehingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.

– Akhir sekali citarasakan sambal dengan garam dan gula secukupnya.

– Sedia dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Sumber: Zurina Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×