Dapur

Tips & Timing Yang Betul Supaya Dapat Masak Daging Steak ‘Medium Rare’ Macam Di Hotel

10
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Barat, pasti kita tidak terlepas peluang untuk memesan daging steak yang ternyata mempunyai rasa yang lazat dan isi yang lembut. Dipadankan dengan kuah butter atau sos blackpepper, memang hidangan ini menjadi dambaan ramai dek kerana harganya yang mahal juga. Bukan itu sahaja, nak jadikan kepingan daging menjadi ‘medium rare’ pun bukanlah tugas yang mudah.

Oleh itu perkongsian yang mendapat shares lebih dari 26 ribu di laman Facebook ini menunjukkan cara yang betul untuk anda masak kepingan daging steak supaya menjadi medium rare. Dengan kos yang lebih rendah, anda dah boleh makan steak macam di restoran mahal hanya di rumah!

CARA MASAK DAGING MEDIUM RARE DENGAN TIMING SEMPURNA

Formula 2-1½-2.

Banyak kali experiment, tak dapat-dapat timing yang perfect untuk dapatkan medium rare. Mungkin sebab setiap kali beli daging, dapat different size and cut. Takpe lah. Kira lebih kurang je lah. This time try 2-1½-2 minit pulak. End result nampak macam medium well – well done dah pulak! Anyway, rasanya inilah antara resipi yang paling mudah.

1. Kalau boleh, simpan daging dalam peti sejuk (bukan peti ais). Kalau nak makan harini, semalam lagi dah simpan dalam peti sejuk.

Cari daging yang memang dipotong untuk steak. Nama-nama bahagian steak yang sesuai: striploin, sirloin, ribeye, rump. Boleh cuba bahagian2 ni dulu. Boleh cari di pasaraya macam Hero market, Jaya grocer, village grocer, juga kedai-kedai daging yang biasa dengan steak cut.

2. Lumur garam (saya pakai garam yang dah ada garlic powder sekali) dan thymes. Be generous (tapi jangan terlebih sangat!) with the salt & garlic. Biar dalam 10 minit.

3. Sementara tu, panaskan pan dalam 10 minit jugak. Biar dia betul-betul panas sampai berasap.

4. Masukkan daging dalam pan yang panas tu (tak pakai minyak pun). Asap akan banyak. So, pakai la dapur yang kat luar rumah kalau tak nak rumah penuh asap. Biarkan selama 2 minit. Tak payah terbalik-balikkan. Biar je.

Bahagian-bahagian yang banyak lemak, tak payah pakai minyak pun. Lemak tu akan cair dan jadi minyak. Kalau nak lagi bagus, bakar bahagian yang berlemak tu dulu, kasi dia cair.

5. Lepas 2 minit, baru terbalikkan. Kali ni buat 1½ minit pulak.

6. Bila dah siap, angkat, dan biarkan dia rest untuk 2 minit (2-1½-2). Kasi time untuk jus dalam daging tu merebak ke serata daging.

7. Enjoy your steak. Nampak tak jus daging tu banyak? Kalau daging dah habis, tapi jus tu banyak lagi, pergi cicah roti.

Perghhhh. Kalau korang nak try, boleh la. Kalau dapat result yang sedap, do update me ya?

Update: saya cadangkan masa 1½-1-5 untuk medium rare-medium.

Sumber: Ahamad Emran

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×