DIY & Kraf

Homemade Spray Serbaguna ‘Ajaib’ Untuk Hapuskan Serangga, Rumah Pun Jadi Wangi!

596
SHARES

Stres kalau rumah banyak semut ni. Pantang ada makanan dan minuman manis tumpah, mesti penuh semut datang. Paling geram sekali bila bekas susu anak pun dihurung semut.

Pelbagai semburan racun serangga organik sudah dicuba tetap juga tidak menjadi dan semut tak mati. Sembur serai wangi pun tak berkesan dan ada satu semburan serbaguna anda boleh cuba untuk digunakan di kawasan rumah. Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Tips Pokok Ros Berbunga Lebat, Siram Guna Air Ini Tiap Hari!

HOMEMADE SPRAY SERBAGUNA UNTUK HAPUSKAN SERANGGA, RUMAH PUN WANGI

Untuk membanteras semut dekat dapur dan dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecil. 

Bahan-bahan: 

  • ¼ cawan cuka putih
  • 1¼ cawan air paip
  • 1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

*Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

– Bancuhan ni sebenarnya tak ada sukatan yang tetap tapi kalau cuka terlebih, cat dinding dan perabot anda mungkin akan rosak. Kalau terlalu cair pula tak berkesan dan kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.

– Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.

– Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

6 KEGUNAAN SEMBURAN ‘AJAIB’

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat dan semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yang dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka dan sabun pula menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang.

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah tak payah beli mahal-mahal lepas ni.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pun boleh mati kalau terkena)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

*Untuk kurangkan bau masam, biasanya spray ni saya tambah essential oil. Bagi yang tak ada essential oils, boleh tambah sebatang kayu manis kedalam bancuhan cuka. Bau wangi kayu manis ni akan melarut dalam beberapa jam.

Memang berguna dan jimat duit!

Sumber: Facebook Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×