Ramai yang menarik nafas lega apabila KWSP mengumumkan pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 bagi semua ahli KWSP yang layak, terutamanya mereka yang terjejas akibat COVID-19.
Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mungkin ramai yang tertanya-tanya kalaulah i-Akaun boleh didaftarkan tanpa perlu keluar ke Pejabat atau Kios KWSP?
Jawapannya boleh!
So, bagi yang belum daftar i-akaun KWSP tapi nak apply i-Lestari hari ni. Tak perlu risau.
Boleh daftar i-akaun melalui e-mel saja.
Jom tengok cara-caranya di bawah ini.
Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui E-mel
Berikut adalah langkah mendaftarkan i-Akaun melalui e-mel.
1. Pergi Laman Web Rasmi KWSP
Mula-mula, pergi ke laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my.
Ingat, jangan apply atau kongsikan maklumat anda melalui mana-mana orang tengah atau laman web yang tidak diketahui.
2. Daftar Melalui E-mel
Kemudian klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”.
3. Muat Turun Borang
Secara automatik, borang akan dimuat turun.
Kalau tak dapat, boleh download di SINI.
4. Lengkapkan Dokumen
Dokumen yang perlu disediakan:
- Borang permohonan yang lengkap
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang
- Gambar selfie dengan kad pengenalan
- Bukti pemilikan nombor fon
(Contohnya: Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon) - Salinan penyata akaun bank
5. Hantar Melalui E-mel
Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada [email protected].
Manakala penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari boleh di e-emelkan ke [email protected].
Tarikh Akhir Permohonan i-Lestari
Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari mulai 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021. (Permohonan hendaklah diterima oleh KWSP sebelum atau pada 31 Mac 2021)
KWSP ingin memberi makluman bahawa untuk menerima pembayaran pengeluaran bermula Mei, ahli boleh membuat permohonan sehingga 30 April.
Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh itu, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya.
Rujuk FAQ di bawah untuk penjelasan yang lebih lanjut.
Permohonan i-Lestari Melalui Pos
Selain melalui e-mel, permohonan i-Lestari juga boleh dibuat melalui pos.
Sila hantarkan pos/kurier kepada alamat berikut :
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Beg Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720,
Petaling Jaya
Nota: Sila catatkan (UP : i-Lestari) di hadapan sampul surat.
Pertanyaan Lanjut
Anda merujuk senarai soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari boleh dibuat melalui e-mel di [email protected].