Dapur

Cara Buat Kek Buah Di Rumah Setanding Kek Pastri Mahal Dengan Resipi Ini

4.9K
SHARES

Santapan minum petang semestinya antara juadah yang ditunggu-tunggu oleh ahli keluarga. Mana tidaknya, disamping meluangkan masa dengan beraktiviti mulut pun rasa nak mengunyah kan? Kalau dah bosan asyik buat cucur sahaja, apa kata anda cuba pula pastry cake yang penuh dengan buah-buahan berkhasiat. Bukan itu sahaja, hidangan kek ini juga kelihatan seperti kek pastry mahal tau!

Fruits Pastry Cake

Bahan A

6 biji telur
200 gm butter cairkan
200 gm gula castor
1 sudu teh parutan kulit lemon… Saya guna 1 sudu teh sunkist
1 sudu besar yogurt plain.. Saya ade perisa strawberi … Bole je laaa….
1 sudu the esen vanila

Bahan B

400gm tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Buah-buahan: Strawberi, Bluebery, Kiwi

Cara-cara

1. Masukan semua bahan A dalam bekas kacau sebati. Guna mixer pun boleh, saya kacau je

2. Kemudian masukan tepung yang telah diayak

3. Kacau rata

4. Galiskan loyang dan lapik dengan kertas. Saya guna loyang bentuk love 10 x10

5. Gaul buah buahan yg dipotong ngan sedikit gula

6. Susun la buah buahan atas adunan.. Tak perlu tekan buah buahan tu

7. Bakar pada suhu 180 selama 25 hingga 30 minit mengikut oven masing-masing

Sumber: Suzi Yanti Md Hane

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×