Dapur

Cara Buat Cili Jeruk Paling Rangup Dan Paling Mudah!

698
SHARES

Makanan bergoreng seperti koey teow, mi goreng atau char koey teow merupakan antara juadah yang memang sesuai dimakan bersama cili jeruk. Namun kalau cili jeruk ini tidak rangup dan terlampau lama, tak dapatlah kita merasa puasnya makan cili jeruk yang rangup ini. Macam mana? Jom kita cuba buat cili jeruk mengikut resipi ini supaya dapat rasa betapa rangupnya cili jeruk!

RESEPI CILI JERUK PALING RANGUP

Cuti hujung minggu masak simple macam bihun goreng ataupun mee goreng memang ngencess kalau dapat makan bersama cili jeruk. Pagi ini cheyah kongsikan cara buat cili jeruk menggunakan empat bahan sahaja iaitu cili hijau, gula, cuka dan garam. Cara membuatnya pun senang sangat. View setiap gambar untuk step by step ye. Selamat mencuba! Nota: Nak tambah keragupan boleh rendam dengan air kapur dulu (jika ada) sebelum masukkan cuka.

1. Bahan utama. (Garam je takde dalam gambar)

2. Cheyah menggunakan cili hijau. Basuh dan toskan.

3. Potong mengikut keselesaan dan cara masing-masing. Tak perlu basuh ye kalau dah potong.

4. Masukkan gula agak-agak ye dan secubit garam. Baru masukkan cuka.

5. Panaskan sehingga semua cair dan sebati. Biarkan ia sejuk dulu.

6. Baru masukkan dalam cili dan kacau sebati.

7. Simpan dalam bekas tertutup selama tiga malam sebelum dimakan.

8. Tadaaa dah siap. Sedia untuk dimakan.

9. Selepas tiga malam baru berubah warna fan sebati.

Boleh makan bersama koey teow atau mi goreng!

Sumber: Bahiah Saripuddin

To Top
SKIP THIS AD ×