Rumah

Cara Lajukan Kipas Siling Yang Makin Perlahan Dengan Kos RM2 Saja. Mudah!

7.7K
SHARES

“Kenapalah kipas siling ni ‘slow’ sangat… Padahal aku dah bersihkan semua habuk setiap 2 minggu. Mesti ada yang tak kena ni. Apa nak buat ni? Aku bukannya tahu cara lajukan kipas.”

Hal ini mesti selalu berlaku pada kipas siling anda di rumah. Memang stres bila dah buat kelajuan maksimum pun gerakannya tetap perlahan.

Sebenarnya, kalau tahu caranya tak susah pun. Kami berbesar hati kerana Encik Md Helmee Abu sudi berkongsikan cara baiki kipas yang telah dipraktikkannya sendiri. Memang mudah, jimat, dan berkesan!

Mari ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah ini.

Cara Lajukan Kipas Siling Yang Makin Perlahan

Assalamualaikum, sekiranya anda menggunakan kipas silling KDK/Panasonic 5 Blade, dan kipas anda tidak bergerak atau bergerak terlalu perlahan, anda boleh cuba cara ini. Saya telah cuba dan berkesan.

1. Perhatikan bahagian bawah kipas tersebut.

Ada 2 bahagian: Ring dan cover sensor

2. Tanggalkan ring pada kipas tersebut.

Caranya adalah dengan memusing ke arah “open” dan tanggalkan.

3. Buka bahagian sensor.

Ada 3 skru (buka pakai Phillips screwdriver).

4. Tanggalkan 2 wayar soket.

Rujuk gambar di bawah ini.

5. Tanggalkan board kipas.

Caranya adalah dengan menolak clip pada board.

6. Ada 3 alat yang diperlukan:

a) soldering iron b) solder wire c) kapasitor

7. Desolder kapasitor lama.

Iaitu bahagian bawah board.

8. Tanggalkan kapasitor lama.

9. Masukkan kapasitor baru.

10. Solder semula kaki kapasitor baru.

Bila dah selesai, patahkan kaki yang berlebihan. 

11. Ini board yang telah siap diganti kapasitor.

12. Pasang semula board pada kipas.

Sambung semula soket wayar.

13. Switch on semula kipas.

Siap! 

PS : Jangan lupa ikat semula skru cover sensor.

cara baiki kipas

Semoga Berjaya

Mudah saja cara lajukan kipas yang semakin perlahan, iaitu dengan menukar kapasitor pada kipas siling tersebut.

Mungkin ada yang nak tahu, kapasitor boleh dibeli di kedai eletrik (atau Jalan Pudu pada yang tinggal di KL). Harganya cuma RM2.00 sebiji. Memang jimat bila buat sendiri!

 

*Perkongsian asal tentang cara baiki kipas ini dikongsikan oleh Md Helmee Abu melalui Facebook. Ia diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, rujuk pada post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×