Terapi

7 Sebab Hubungan Jarak Jauh Menyiksa Mental & Emosi

1.2K
SHARES

“Syukurlah suami dapat naik pangkat. Tapi rasa nervous pula dapat tahu bila dia kena posting tempat yang jauh. Orang kata hubungan jarak jauh ni banyak cabarannya. Bersediakah aku?”

Di zaman milenia ini, memang ada banyak kemudahan yang dapat memudahkan komunikasi. Ada keretapi laju, kapal terbang – tak risau nak berjumpa bila-bila masa. Boleh buat videocall, free call, mesej, live video, panggilan telefon, dan macam-macam lagi.

Tapi hakikatnya, walau apa kecanggihan pun yang direka, hubungan jarak jauh tentunya memiliki cabaran tersendiri yang terpaksa dihadapi oleh pasangan.

7 Dugaan Hubungan Jarak Jauh Yang Menyiksa Mental & Emosi

Bagi yang bakal atau sedang mengalami hubungan jarak jauh dengan pasangan, berikut adalah mengapa ia terasa sukar untuk anda.

1. Tak Banyak Perkara Dapat Dilakukan Bersama

Bila berjauhan, tak banyak yang dapat dikongsi, terutamanya jika kita sentiasa sibuk dan tak dapat berhubung. Benarlah orang kata, sekecil-kecil perkara pun apabila dikongsi akan terasa indahnya.

Kebanyakan masa, kita terlupa untuk memberitahu perkara-perkara kecil yang berlaku dalam hidup kita. Walaupun perkara kecil seperti mencuba makanan baru, menonton siri drama tertentu, atau melakukan kesilapan yang lucu – ia boleh terkumpul dan menjadi sesuatu yang besar.

Semua peristiwa ini mungkin terasa sedih apabila diingat kembali kerana anda melakukannya tanpa pasangan anda.

Foto Kredit: youtube.com

2. Masalah Dan Cabaran Terpaksa Dihadapi Bersendiri

Memang setiap manusia perlu belajar untuk berdikari. Namun, ada masanya kita amat memerlukan sokongan apabila ditimpa musibah atau ujian yang hebat. Ia juga amat mencabar wanita yang sedang mengandung. Apabila ia berlaku, mungkin lebih sukar menceritakan keadaan ini apabila berjauhan.

Kadangkala, kita tak mahu bercerita pun tentangnya. Apa yang kita harapkan adalah seseorang di samping kita. Betapa kita ingin merasakan ketenangan dalam kehangatan pelukan mereka!

Foto Kredit : news.shayan-medicine.com

3. Hari Istimewa Tak Dapat Diraikan Bersama

Ada masanya waktu cuti tak dapat dimanfaatkan bersama atas sebab-sebab tertentu di saat akhir.

Hal sebegini tentunya sangat mengecewakan, lebih-lebih bagi pasangan yang mempunyai anak.

hubungan jarak jauh

4. Dibelenggu Rasa Bersalah

Mungkin setiap hari kita mempersoalkan sama ada kita telah melakukan keputusan yang terbaik untuk berjauhan dengan pasangan dan anak-anak.

Walau sekuat manapun,  perasaan seorang ibu atau ayah tentu akan ‘kalah’ apabila terpaksa melihat anak bersedih dan menahan kerinduan. Bila mereka sakit, kitalah yang asyik tak senang duduk memikirkan mereka.

Foto Kredit: canadianfamily.org

5. Rasa Berat Sebelah Dalam Pembahagian Tanggungjawab

Bagi pasangan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak, sudah tentulah ia bukan perkara yang mudah untuk melakukannya seorang diri. Ini kerana tugas menjaga anak adalah tugas yang amat mencabar.

Beruntunglah kalau ada ibu ayah, pembantu, atau keluarga terdekat yang boleh diharapkan untuk menolong mengasuh dan membesarkan anak.

Namun dalam kebanyakan hal, kita lebih suka melakukannya sendiri kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Jika berterusan begini, ia boleh menyebabkan stres dan pemikiran negatif. Sampai satu masa, kita mungkin terasa letih dan fed up.

isteri berhenti kerja

Foto Kredit: thechart.blogs.cnn.com

6. Terdetik Rasa Kurang Percaya

Menurut Psychology Today, jarak jauh sudah tentu akan meletakkan gap antara pasangan. Ruang kosong ini terisi dengan kesunyian, kurangnya sentuhan dan hubungan fizikal, dan ini menyebabkan hilangnya sokongan yang diperlukan.

Walaupun anda benar-benar ikhlas cintakan pasangan, ia mungkin sukar untuk dizahirkan apabila berjauhan. Dalam keadaan tertekan, salah seorang mungkin akan berasa kurang percaya kepada yang seorang lagi. Bila terdetik saja perasaan begini, cepat-cepatlah beristighfar dan bersangka baik kerana ia mungkin menjadi bibit kepada keretakan hubungan.

Kalau timbul rasa tak sedap hati, minta penjelasan dan jangan sesekali membuat andaian.

Aku bosan dan malas tinggal serumah dengan mertua

7. Hubungan Terasa ‘Jauh’ Tanpa Anda Menyedarinya

Oleh kerana kesibukan dan emosi yang tidak menentu, panggilan telefon mungkin berlaku pada waktu yang salah. Akibatnya, ia boleh mencetuskan pergaduhan. Sama ada salah seorang menangis, atau salah seorang lagi mula naik angin.

Dengan masa yang terhad dan kesibukan yang melanda, mungkin proses pujuk-memujuk tidak dapat berlaku dengan sebaiknya seperti di rumah. Anda cenderung merasakan pasangan sudah tidak memahami anda lagi walaupun mereka telahpun berusaha sedaya-upaya. Situasi seperti ini boleh menjadikan seseorang terasa semakin jauh daripada pasangan tanpa disedarinya.

Foto Kredit: canadianbusiness.com

Begitulah Kerinduan Yang Sukar Diungkapkan

Hubungan jarak jauh memerlukan rasa percaya, kesabaran, kesetiaan, dan kejujuran yang tidak berbelah bagi. Walaupun sukar, namun semua ini adalah pengalaman berharga yang tentunya akan mematangkan serta memperindahkan lagi hubungan anda berdua.

Pada masa yang sama, kebanyakan anda akan membina hubungan yang lebih rapat dengan Tuhan. Banyak perkara baru yang dapat anda pelajari, dan ia mungkin memberi peluang kepada anda untuk mengenal diri sendiri serta pasangan dengan lebih baik.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×