keselamatan

Pengasuh Ke Bilik Air Sekejap, Budak 2 Tahun Maut Tercekik Roti

1.1K
SHARES

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun, Nia Adreana atau lebih mesra dipanggil Baby Puteh, meninggal dunia selepas 4 hari menerima rawatan akibat tidak sedarkan diri kerana tercekik roti di rumah pengasuh di pangsapuri di Selayang, Gombak pada 1 Julai lalu.

Pengasuh Tinggalkan Anak Makan Sendiri Ketika Ke Bilik Air

Sebuah artikel MStar terbaru melaporkan bahawa ibu saudara Baby Puteh, Marrya, insiden berlaku ketika pengasuh mahu membuang air besar. “Pengasuh beritahu dia tinggalkan roti dengan air untuk Baby Puteh dan kakaknya makan sendiri. Lepas tu dia pergi bilik air sebab sakit perut.”

Menurutnya lagi, pengasuh menghubungi kakaknya lebih kurang jam 7.30 pagi Isnin lalu. Katanya Baby Puteh bernafas tercungap-cungap sebab tercekik roti.

“Tapi dia beritahu sudah keluarkan sendiri roti tersebut. Bila kakak saya drive ke rumah pengasuh, dia tengok Baby Puteh dah lembik dan mulutnya biru. Dia pun kalut terus drive bawa anak ke hospital.”

“Masa hantar hospital, Baby dah tak bernafas, mulut memang biru habis. Kiranya dah tenat, peluang 50-50. Doktor ada beritahu kalau sembuh pun baby dah tak normal sebab otaknya dah mati.”

Foto Kredit: Harian Metro

Meninggal Dunia Akibat Kegagalan Memperoleh Oksigen

Menurut sumber daripada Harian Metro, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Selayang.

“Pegawai perubatan berkenaan memaklumkan menerima kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri kerana tercekik roti di rumah pengasuhnya, kira-kira 10 pagi.

“Ketika berada di wad kecemasan Hospital Selayang, pegawai perubatan itu turut menemui cebisan roti semasa proses resusitasi (kaedah memulihkan seseorang yang hampir maut secara tiba-tiba) berjalan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Samsor berkata, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital terbabit pada 10.39 pagi, kelmarin.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah ‘Hypoxic Ischaemic Encephalopathy’ dengan kegagalan beberapa organ.

“Kerosakan otak berlaku apabila bayi berkenaan tidak memperoleh oksigen dan aliran darah secukupnya,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 terhadap pengasuh bayi terbabit.

budak tercekik roti

Foto Kredit: Harian Metro

Kesal & Terkilan Dengan Tindakan Pengasuh

Menurut Marrya lagi, mereka sekeluarga terutamanya berasa terkilan dengan tindakan pengasuh. Pengasuh mendakwa bahawa dia sendiri dah keluarkan roti dari mulut Baby Puteh, tapi keadaan Baby Puteh amat teruk hingga tak bernafas ketika dia sampai di rumah pengasuh.

“Itu bermakna Baby dah lama tercekik mungkin pengasuh lambat tengok. Kalau dia cepat mungkin boleh selamatkan baby,” katanya.

Trauma dengan insiden tersebut, Marrya turut mengingatkan orang ramai agar memantau anak kecil setiap masa ketika di bawah jagaan mereka. Kakak kepada Nia Adreana, Nia Anzalna juga amat terkesan dengan kejadian ini kerana difahamkan mereka sangat rapat seperti kembar.

“Banyak pengajaran daripada kes ini. Saya minta janganlah bagi anak-anak makan sendiri. Kalau nak bagi makan kena pantau.”

SL : Semoga kita pun lebih berhati-hati danmengambil iktibar daripada kes ini. Takziah untuk keluarga Nia Adreana, semoga tabah dengan dugaan.

*Sumber: Harian Metro, Mstar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×