Rakyat

Bayi Usia 19 Bulan Maut Akibat Tergelincir & Jatuh Dari Tingkat 5

126
SHARES

Seorang kanak-kanak perempuan berumur 19 bulan maut akibat terjatuh dari tingkat lima sebuah restoran di Jalan Budusan, Penampang, Sabah petang semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang dan ahli keluarga mangsa membawa mangsa ke wad kecemasan Jesselton Medical Centre (JMC) namun disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

MAKAN DI SEBUAH RESTORAN BERSAMA KELUARGA

 

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati mangsa dibawa oleh ahli keluarga untuk makan di sebuah restoran di tingkat lima bangunan berkenaan.

Katanya, mangsa dikatakan bermain bersama abangnya di lorong jejantas yang masih dalam pembinaan menghubungkan bangunan bersebelahan.

TERGELINCIR & JATUH DARI TINGKAT 5 BANGUNAN

“Ketika bermain dengan abangnya, mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan. “Mangsa kemudiannya dibawa ke JMC untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mohd Haris berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di JMC. Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Berita Harian & Sabah News Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×