Rakyat

Baru Nak Masak Rendang, Tiba-Tiba ‘Tiles’ Jatuh! Kontraktor Rumah Hanya Gelak..

181
SHARES

Apa perasaan anda jika sedang sibuk di dapur menyediakan bahan-bahan masakan tiba-tiba kejadian yang tidak diingingi berlaku? Mesti terkejut dan stres dibuatnya. Belum siap lagi masak tiba-tiba hal lain pula yang jadi.

Situasi ini sama seperti perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Jaja Rahman di ruangan Facebooknya apabila terkejut dengan keadaan yang berlaku.

Baca juga: Gara-Gara Gosip Terlalu Lama, Hampir 100 Buah Rumah Terbakar!

NASIB TAK ADA KEPALA YANG BOCOR

Menerusi perkongsian itu, dia menceritakan ketika sedang menunggu daging lembut untuk dimasak secara tiba-tiba jubin dinding dapurnya jatuh berguguran menghempap alatan dapur dan bahan masakanya.

Tambahnya lagi, kejadian itu berlaku ketika mahu masak makan tengahari tetapi dia bersyukur kerana tiada sebarang kecedaraan berat berlaku seperti terkena kepala dan sebagainya.

Nak buat rendang nasib utk makan tengahari,tengah kecut daging, nahhh kauuuu berguguran tiles jatuh himpap dapur dan bahan-bahan. 

Nasib baik jugak la kepala x bocor dan dapur kukuh tak pecah walau jubin berat jatuh tepat atas permukaan. 

Terus tak jadi masak. Nangis.

Namun, kejadian itu membuatkan Jaja berasa sangat sedih dengan kontraktor rumah tersebut. Hal ini kerana, apabila dia menceritakan kejadiaan itu, kontraktor hanya membalas dengan gelak tawa dan menyatakan itu hanya perkara biasa.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut memberi cara atau kaedah yang tepat untuk menampal jubin dinding dapur. Antaranya ialah, kontraktor harus mengetuk dinding terlebih dahulu sebelum menampal jubin.

Sumber: Jaja Rahman 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×