Kini Trending

#RoadToAJL36: Semua Lagu Sedap! Ini Antara Pencipta Lagu Paling Banyak Tercalon Di AJL

1
SHARES

Nampaknya bahang Anugerah Juara Lagu ke-36 tidak lama lagi akan berlangsung. Inilah masanya untuk anda melihat kehebatan penyanyi dan komposer kesayangan anda berentap bagi meraih pemenang anugerah tersohor ini. Kalau kita lihat dari musim AJL yang lepas, banyak lagu yang dipertandingkan datang dari pencipta lagu atau komposer yang sama. Agaknya dah berapa kali ya, komposer ini menyertai pentas berprestig sebegini?

Jom kita tengok antara pencipta lagu yang paling banyak tercalon untuk Anugerah Juara Lagu. Memang sedap-sedap lagu yang diciptakan!

Baca juga: [VIDEO] Viral Pelajar SPM Gigih Study Walaupun Air Banjir Dah Paras Lutut, Mantap!

PENCIPTA LAGU PALING BANYAK TERCALON AJL

Jom tengok siapa yang banyak cipta lagu di AJL!

1.Ajai

Ajai merupakan seorang penyanyi, pemuzik, penggubah lagu dan penerbit album yang cukup popular di Malaysia. Anak kelahiran Masai, Johor ini mula membabitkan diri dalam bidang muzik sejak tahun 1991 lagi sebagai pemain keyboard dan bass kumpulan Exists untuk empat album pertama mereka.

Sepanjang kariernya sebagai penyanyi dan komposer, beliau pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular pada tahun 2002 biarpun hanya tampil dengan satu single solo berjudul Bisikan Asmara pada tahun tersebut. Selain itu, beliau juga pernah memenangi anugerah Lagu Terbaik sebanyak tiga kali di Anugerah Industri Muzik. Ajai mula mencipta nama sebagai komposer apabila karya ciptaannya dinyanyikan oleh penyanyi Rem dalam album Semua Orang Tahu (1997). Sejak itu beliau mula mencipta lagu untuk artis-artis bernama besar seperti Saleem, Sheila Majid, Kris Dayanti dan Siti Nurhaliza.

Antara lagu-lagu ciptaan Ajai yang pernah mendominasi Anugerah Juara Lagu adalah,Kau Kekasihku,Percayalah, Seandainya Masih Ada Cinta,Ku Seru,Pulangkan,Tak Mungkin Kerana Sayang,Noktah Cinta dan Ku Akui.

2.Azmeer

Azmeer merupakan seorang komposer dan penulis lirik lagu di Malaysia. Beliau banyak menghasilkan lagu dan lirik untuk penyanyi terkenal tanah air seperti Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Senario, Liza Hanim, Jeslina Hashim, Misha Omar dan ramai lagi.Bukan itu sahaja, beliau juga terkenal sebagai seorang juri dalam pelbagai rancangan realiti nyanyian dan juga juri pertandingan nyanyian besar seperti AJL.

Antara lagu hits yang berjaya menggegarkan pentas AJL ciptaanya adalah Purnama Merindu, Nian Dihati, Menadah Gerimis, Cinta Tersimpul Rapi, Siapa Sangka Siapa Menduga,Menadah Gerimis.

3.Adnan Abu Hasan

Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan merupakan seorang penerbit rakaman, penggubah lagu, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik Malaysia.beliau telah banyak menerbitkan lagu-lagu hit seperti “Sinaran” nyanyian Sheila Majid dan “Janji Manismu” nyanyian Aishah. Lagu ciptaan beliau yang cukup popular antaranya “Jerat Percintaan” nyanyian Datuk Siti Nurhaliza.Bunga-bunga Cinta (Misha Omar), Camar Yang Pulang(Aishah) dan Di Persimpangan Dilema( Nora Ariffin).

Antara lagu-lagu yang hits di pentas AJL ciptaannya adalah, Di Persimpangan Dilema, Jerat Percintaan,Wajah Kekasih, Puncak Kasih, Bunga-Bunga Cinta dan Getaran Cinta Di Jiwa.

4.Helen Yap

Helen Yap merupakan satu figura muzik yang tidak asing lagi dalam seni nyanyian negara. Bukan sahaja mahir dalam ciptaan lagu, malah sebagai seorang berbangsa Cina, Helen sangat menjiwai dalam penciptaan lagu-lagu berbahasa Melayu. Antara lagu yang hits ciptaan beliau adalah Bisikan Asmara, Andainya Takdir, Engkau Bagaikan Permata, Bebas dan Itik Gembo-Gembo.

5. Hael Husaini

Inilah bakat baharu yang sedang menyinar di dalam industri muzik negara. Hael Husaini merupakan seorang penyanyi, komposer dan penulis lagu Malaysia.[1][2] Kerjaya Husaini dalam bidang muzik bermula dengan sesi uji bakat untuk rancangan realiti One In A Million (OIAM) pada tahun 2006. Bukan sahaja pandai mencipta lagu malah pandai juga menyanyi!

Antara lagu sendiri dan lagu ciptaanya yang hits di pentas AJL adalah, Jampi, Hajat, Haram, Nisan Cinta, Anta Permana, Belenggu Rindu, Hati & Peluang Kedua.

*Semua lagu best-best kan? AJL kali ini anda suka lagu yang mana?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×