Replicated Draft

Produk Semakin Dikenali, Pengasas Noir Ini Tampil Sebagai Penaja Utama AJL36!

353
SHARES

Perjalanan untuk membina perniagaan bukannya mudah seperti yang anda sangka. Ia melibatkan perkara yang kita sukai. Dengan itu, kita akan sentiasa bermotivasi dan mahu melakukan yang terbaik dalam urusan bisnes sekali gus memberi impak positif dalam perniagaan.

Begitu juga dengan pengasas produk kesihatan dan kecantikan Noir, Eriyca Baiduri atau mesra disapa sebagai Madammu. Jenama dan produk beliau mula menjadi sebutan orang ramai tau!

Pertama kali menaja satu acara besar

Selesai Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) tempoh hari, jenama Noir Health & Beauty (Noir) selaku penaja utama acara berprestij itu mula dikenali. Warna rasmi Noir iaitu ungu menjadi warna rasmi yang menghiasi karpet merah, pentas dan pakaian digayakan beberapa penyanyi dan pengacara.

Pengasas produk itu berkata penajaan untuk acara gilang gemilang seperti AJL36 bukanlah satu peluang yang mudah untuk dikecapi.

“Ini kali pertama saya menaja satu acara besar dan berprestij seperti AJL36. Bukan senang untuk menaja satu acara besar sebegini kerana syarikat SME seperti kami perlu bersaing dengan jenama korporat yang lain.”

“Namun, saya bersyukur kerana impaknya kini mula dirasakan selepas penajaan yang bermula dengan siri Jelajah Noir AJL36 yang berlangsung sebelum ini,” katanya.

Melalui AJL36, Noir turut menaja pakaian untuk beberapa selebriti. Antaranya Dayang Nurfaizah yang turut menyampaikan lagu tema Noir, Nabila Huda, Noraniza Idris, Bunga, Aina Abdul dan Sissy Imann.

Bukan tu je, hadiah wang tunai bernilai RM18,000 juga ditaja tau bagi pemenang untuk kategori Persembahan Terbaik yang dimenangi iaitu lagu Cinta nyanyian Marsha Milan.

Jenama & produk Noir diperluaskan melalui siri jelajah di seluruh Semenanjung Malaysia!

Selain itu, beliau juga ada berkongsi mengenai siri jelajah yang berlangsung di seluruh Semenanjung Malaysia itu dan ia menjadi satu platform untuk beliau memperluaskan lagi jenama dan produknya. Antara produk yang dikeluarkan Noir, bukan hanya terhad kepada produk kosmetik semata-mata, tetapi juga produk kesihatan.

“Apa yang boleh saya simpulkan adalah penajaan AJL36 ini juga memudahkan peniaga-peniaga kami untuk memperkenal serta menjual produk mereka,” tambahnya.

Mereka juga sudah ke beberapa lokasi dan banyak berinteraksi dengan pengguna-pengguna Noir di luar Lembah Klang dan mendekati pengikut-pengikut serta edarkan hadiah percuma. Wahhh hebat betul kan!

Produk premium yang diformulasi khas bagi lelaki & wanita!

Paling menarik tentang produk Noir ni adalah kerana ia dihasilkan dengan menggunakan bahan premium seperti yis beras dan ekstrak witch hazel yang diformulasi khas untuk kulit orang Asia dan sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.

Antara produk utama yang menjadi bualan ramai adalah Noir Beauty Essence. Ia adalah produk paling laris daripada mereka. Dengar cerita, banyak juga testimoni daripada pengguna yang menunjukkan keberkesanan produk ni tau!

Selain Noir Beauty Essence, mereka juga ada mengeluarkan produk kecantikan dan penjagaan wajah premium yang lain seperti Malachite Crystal Cleanser, Sheet Mask, dan produk makanan tambahan NOIR Pure White.

Noir buka peluang untuk anda jana pendapatan!

Ha…kaum wanita dekat luar sana tu kalau ada yang nak jana pendapatan, anda boleh juga join Noir ni. Mereka bertindak sebagai platform untuk anda yang nak cari duit lebih menerusi beberapa program yang dianjurkan.

Noir telah membuka peluang kepada wanita tak kiralah sama ada anda suri rumah atau bekerja, untuk menyertai Noir dengan modal bermula serendah RM159 saja.

Menariknya, mereka akan sediakan modul dan bimbingan dari kosong sehingga berjaya. Setakat ini, ada kira-kira 30,000 usahawan yang berdaftar di seluruh negara tau! Rugi lah kalau anda tak join sekali…

Anda juga boleh sertai peraduan cantik & menang serta berpeluang menang hadiah RM100,000!

Untuk pengetahuan anda, Noir juga kini menjalankan peraduan Cantik dan Menang dimana mereka akan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000.

“Setiap bulan, akan diadakan cabutan bertuah dan pemenang bulanan akan membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000,” katanya.

Cara nak sertai pun mudah je, anda hanya perlu layari laman web www.noir.my dan patuhi segala terma & syarat yang telah digariskan oleh mereka. Jangan lepaskan peluang ni ya!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×