Kini Trending

#RoadToAJL36: 5 Artis Paling Banyak Masuk AJL, Semua Hebat-Hebat!

28
SHARES

Kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) kian terasa dan mendebarkan. Anugerah berprestij dan kegemaran ramai sudah tentunya membuatkan seluruh rakyat Malaysia tidak sabar untuk menonton dan bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) 6 Mac ini.

Bagi menghangatkan lagi debaran AJL36, jom kita imbas semula 5 artis paling banyak masuk AJL sebelum ini. Kesemua mereka mempunyai suara yang merdu dan nyanyian yang hebat. Wow!

Baca juga: Semua Lagu Sedap! Ini Antara Pencipta Lagu Paling Banyak Tercalon Di Anugerah Juara Lagu (AJL)

5 ARTIS PALING BANYAK MASUK AJL, SEMUA HEBAT-HEBAT

Jom tengok ada artis kegemaran anda tak?

1. DATUK SERI SITI NURHALIZA

Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza sudah tentu semua mengenalinya. Mesra disapa CTDK, beliau telah menerima sebanyak 20 anugerah di AJL bermula tahun 1996 sehinggalah tahun 2020.

Bilangan lagu yang dinyanyikan juga yang terbanyak layak ke AJL dengan 19 buah lagu bagi 9 tahun. Pada tahun 2015, beliau telah dianugerahkan trofi Anugerah Ikon AJL. Wah, power ya!

2. DAYANG NURFAIZAH

Nama Dayang mula meledak dengan lagu Seandainya Masih Ada Cinta  yang menjuarai hampir kesemua carta muzik nasional dan regional. Lagu ini juga meraih anugerah hebat di AJL Pada tahun 2001 iaitu AJL16.

3. STACY

Sering tampil dengan tarian lincah dan persembahan bertenega, Stacy sudah lebih tujuh kali menyertai AJL bermula pada tahun 2008 dengan lagu Aku Stacy.

4.  HAZAMA AZMI

Hazama Azmi muncul bertanding di pentas AJL sebanyak tujuh kali. Hazama juga menyertai AJL sebanyak empat kali bersama The Penglipur Lara. Pada tahun 2012, Hazama juga ada menyertai AJL bersama Amy Search.

5. NOH SALLEH

Anak kelahiran Sarawak ini muncul bertanding di pentas AJL sebanyak lima kali. Pada tahun 2015, Noh tampil sebagai penyanyi solo dan mendendangkan lagu Angin Kencang.

*Jadi, penyanyi mana satu menjadi pilihan hati anda untuk Anugerah Juara Lagu ke-36? Jangan lupa tonton ok.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×