Famili

“Anak Dah 4 Bulan Baru Jumpa”- Perkongsian Ini Penting Untuk Anda Yang Berhubungan Jarak Jauh

359
SHARES

Fasa seterusnya selepas perkahwinan adalah mengenai zuriat. Siapa yang tak mahukan anak kan? Tetapi, rezeki anak ini adalah berbeza untuk setiap orang. Ada yang rezeki anak datang awal dan ada yang rezeki anak datang lewat. Buat anda yang sudah lama berkahwin tapi belum dikurnikan cahaya mata, apa kata anda baca perkongsian dari wanita ini. Semoga dapat dijadikan panduan dan terus kekal sabar ya.

www.babycenter.com

CEPAT ATAU LAMBAT

Lepas nikah, memang ada niat nak enjoy dulu. Kalau boleh, 2 tahun baru nak ada anak. Memang tak fikir langsung pasal anak. Sebab tak yakin lagi boleh jaga anak. Maklumlah, orang kata umur baru setahun jagung. Diri sendiri pun tak lepas, macam mana bila ada anak nanti. Boleh ke nak bawa diri sendiri dengan anak. Masih segar dalam ingatan, beli UPT sebab dah lewat period. Berharap juga lekat, lepas try negative. Pergh, time tu rasa Ya Allah aku tak boleh pregnant ke? Selang berapa hari, ingat lagi masa tu balik terawih. Tiba-tiba dalam kereta cakap dengan suami, “Ayn nak Anak” tiba-tiba keluar dari mulut sendiri.

www.babycenter.com

Sedangkan saya seorang yang ego, bila benda tak yakin saya mesti diam. Tapi kali ni saya buka mulut, seolah minta simpati. Biarlah, ego saya tk pandang dah.Janji saya puas bila dapat luahkan. Hampir sebulan lebih, masih lagi belum dapat kepastian. Pregnant test tu berbelas belas dah saya beli. Tapi ada 1 saya test, nampak 2 line. Tapi sangat-sangat pudar. Nak sedapkan hati saya cakap dengan diri sendiri ada. Pernah pergi klinik, doctor tu nk bg ubat turun darah. Luckily, fikir panjang and decide taknak amik. Alhamdulillah, sebaik lah fikir. Kalau tak, taktahu lah jumpa Zayn ke tak.

http://www.healthline.com/

Alhamdulillah, masa confirm pregnant 22/6/16 taktahu lah masa tu dah berapa weeks. Yang ingat masa tu Nuzul Quran. Hari baik dan dapat berita baik. Allahuakbar. Speechless sgt, rasa tak percaya. Fikir and tanya kat diri sendiri layak ke nak jadi ibu? Orang yang first tahu pun ibu. Second, officemates Ayn. 3rd baru lah husband. Masa pregnant, dugaan sangat tough. Sakit pening loya semua tanggung sendiri. Paling ingat lagi masa drive muntah dalam kereta berhenti tepi jalan. Sedih, but what to do. Long distance love. Nak taknak kena juga. Dahlah pregnant emosi. Mental koyak. Tak menentu. Tapi I admit memang masa pregnant menangis je.

Lepas 4 bulan baru jumpa suami…

www.callcentrehelper.com

4 bulan, baru jumpa husband. Pastu 7 bulan, pastu last nk bersalin. Boleh kira berapa kali. Pantang dapat sebulan je. Lepastu sendiri. Hmmmm. Sedih betul. Anak dah 4 bulan baru jumpa. Kalau ada rezeki panjang umur bulan 12 ni baru jumpa balik. Masa tu Zayn 10 bulan In Sha Allah. Balik-balik je anak pun dah boleh jalan. Semoga apa yang dihadapi ni ada hikmahnya. Ada pasangan duduk sama sama tapi belum ada rezeki untuk dapat anak, macam saya rezeki awal tapi masih belum dapat duduk sama. Rezeki masing-masing kan?

http://consumerhealthreports.info/

Kita merancang, Allah yang menetukan. Hanya percaya dan yakin dengan Allah. Dia lah sebaik-baik perancang. Bentuk rezeki yang Allah bagi, berbagai bagai. Semua Allah dah aturkan. Untuk pasangan yang masih belum ada rezeki mendapat cahaya mata. Bersabarlah. Usaha dan yakin Akan ketentuanNya. Semoga suatu hari nanti, awak yang sedang menunggu rezeki ini, akan dikhabarkan berita yang gembira hendaknya. Semoga Allah memakbulkan doa kita semua.

Sumber: Ayn Shariff

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×