Famili

Pengacara RARETV Kapten AA Meninggal Dunia Malam Jumaat Di Oman

AKHMAL ASYRAF

Pengacara dan personaliti media sosial RARETV, Akhmal Asyraf atau lebih mesra dikenali sebagai Kapten AA, dilaporkan meninggal dunia di Muscat, Oman pada Khamis selepas bertarung dengan jangkitan paru-paru.

Berita duka itu dimaklumkan oleh ahli keluarga Allahyarham menerusi satu hantaran di platform Threads sebelum dikongsikan semula oleh rakan rapatnya, Saiful Nang.

Baca juga: Murid Sedih Salah Tarikh ‘Order’ Shawarma Untuk Jamuan Sekolah, Peniaga Belanja Terus Satu Kelas!

AKHMAL ASYRAF RARETV MENINGGAL DUNIA

AKHMAL ASYRAF

Menurut Saiful Nang, Akhmal menghembuskan nafas terakhir pada jam 6.58 petang waktu tempatan Oman, selepas waktu Maghrib.

Pemergian Allahyarham turut meninggalkan kesedihan buat adik perempuannya, Amal Mohd yang menyifatkan abang tunggalnya itu sebagai insan istimewa dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Menerusi perkongsian di media sosial, Amal meluahkan rasa kehilangan terhadap insan yang menjadi teman mereka sejak kecil, selain menyatakan keluarga menerima pemergian tersebut dengan hati yang reda.

Dalam satu lagi hantaran, Amal turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan Allahyarham.

“Terima kasih semua yang mendoakan abang saya, Muhammad Akhmal Asyraf bin Mohd. Semoga segala amalannya diterima Allah. Minta halalkan makan minumnya, ampunkan dosanya jika terguris hati sesiapa.

“Semoga segala ilmu yang baik yang dikongsi arwah dalam apa bentuk dapat kita amalkan kelak. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali. We love u Along very very much tapi Allah lebih sayangkan Along sebab itu Allah ambil Along. Dia pinjamkan sahaja Along kepada kami,” luahnya.

AKHMAL ASYRAF

Isteri dalam perjalanan ke Oman

Difahamkan, isteri Allahyarham juga kini dalam perjalanan dari Malaysia ke Oman susulan berita pemergian suaminya itu.

Sebelum ini, Akhmal dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami demam yang kemudiannya dikenal pasti berpunca daripada jangkitan paru-paru ketika menjalani penggambaran program Kembara Wahyu Ramadan 2027 di Oman.

Menurut laporan media, beliau pada awalnya mendapatkan rawatan di Hospital Nizwa sebelum dipindahkan ke Hospital Badr Al Samaa Royal di Muscat bagi menerima rawatan lanjut.

Keadaan kesihatannya dilaporkan semakin membimbangkan sehingga memerlukan bantuan pernafasan menerusi prosedur intubasi dan ditidurkan.

Allahyarham berada di negara berkenaan bersama pasukan produksi untuk menjayakan penggambaran program tersebut yang dijadualkan berlangsung selama 14 hari. Ketika kejadian, mereka baru memasuki hari keenam penggambaran.

Baca juga: Takut Terlepas Kertas Matematik SPM, Guru Ambil Murid Terkandas Di Dua Stesen LRT

Sumber: Threads Saiful Nang

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×