Dua murid St. John’s Institution hampir terlepas peperiksaan kertas Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pagi ini kerana gangguan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT).
Bagaimanapun, tindakan pantas seorang guru yang sanggup mengambil mereka di stesen LRT Jelatek dan Kampung Baru berjaya memastikan kedua-dua murid berkenaan tiba di sekolah untuk menduduki kertas Matematik mengikut masa yang ditetapkan.
Baca juga: Murid Sedih Salah Tarikh ‘Order’ Shawarma Untuk Jamuan Sekolah, Peniaga Belanja Terus Satu Kelas!
TAKUT TERLEPAS KERTAS MATEMATIK, CIKGU AMBIL PELAJAR DI LRT

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi St. John’s Institution, pihak sekolah memaklumkan bahawa En. Hafizan, yang bertugas sebagai Penyelia Tingkatan Lima, mengambil inisiatif membantu murid terbabit selepas mengetahui mereka terjejas akibat gangguan perkhidmatan LRT.
Pengetua St. John’s Institution, T. Sivakumar, turut merakamkan penghargaan atas komitmen dan tindakan pantas guru berkenaan dalam memastikan murid tidak terlepas peperiksaan penting itu.
“Tindakan pantas En. Hafizan selaku Penyelia Tingkatan 5 yang pergi mengambil mereka di stesen LRT Jelatek dan Kampung Baru, dapat memastikan murid dapat menduduki kertas matematik mengikut masa peperiksaan.
“Terima kasih En. Hafizan atas komitmen dan tindakan pantas demi kelangsungan kecemerlangan spm SJI,” tulisnya.
Dalam pada itu, tindakan En. Hafizan turut mendapat perhatian warganet apabila dia berkongsi penghargaan kepada semua pihak yang membantu menjayakan usaha tersebut.
Terima komen positif
Menerusi ruangan komen, dia menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengetua, En. Sivakumar a/l Thannimalay, barisan pentadbir, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Setiausaha Peperiksaan, rakan-rakan guru serta ibu bapa yang hadir memberikan kerjasama dan kebenaran.
“Alhamdulillah, terima kasih kerjasama dan kebenaran Tuan Pengetua En. Sivakumar a/l Thannimalay, barisan pentadbir, YDP PIBG, SUP Peperiksaan, rakan-rakan guru serta ibu bapa yang hadir.
“Semoga Allah permudahkan segala urusan dan yang baik itu daripada Allah, segala kekurangan daripada kelemahan diri saya sendiri,” komen warganet.
Dia turut memberikan kredit kepada Cikgu Izzad dan Cikgu Azrol yang meminjamkan motosikal serta topi keledar bagi memudahkan urusan mengambil kedua-dua murid berkenaan.
Keprihatinan dan kerjasama warga sekolah ini membuktikan bahawa usaha memastikan murid mendapat peluang terbaik dalam pendidikan bukan hanya terletak di bilik darjah, malah turut melibatkan tindakan pantas ketika mereka berdepan kesulitan.
Sumber: Facebook St. John’s Institution

