Sihat

Ais Punca Kegemukan & Jantung Tersumbat? Ini Penjelasan Doktor Supaya Anda Tak Lagi Keliru

5
SHARES

Dewasa ini, semakin ramai dalam kalangan masyarakat kita yang mementingkan kesihatan. Termasuklah aspek penjagaan badan sehinggakan ada juga yang membuat tekaan bahawa ais boleh menyebabkan kegemukan dan jantung tersumbat tanpa mengetahui kesahihan disebaliknya. Berikut perkongsian Dr. Che Puteh menerusi laman Twitter beliau dalam menjawab hal ini.

ADAKAH AIS MENYEBABKAN KEGEMUKAN DAN JANTUNG TERSUMBAT?

Betul ke ais menyebabkan jantung tersumbat? Salur darah tersumbat ini dikenali dengan nama atherosclerosis. Ia disebabkan oleh pengumpulan plak di dinding salur darah. Contohnya kolesterol, dan menyebabkan pengerasan salur darah. Gula berlebihan dalam air ais* sebenarnya adalah ‘the real culprit’.

Manakala pembentukan plak (campuran dari lemak, kalsium, kolesterol dan produk buangan lainnya dari sel tubuh menyebabkan salur darah menyempit). Jika saluran darah ke jantung menyempit, ia menyebabkan penyakit jantung koronari.

Anda perlu tahu, untuk lemak sampai ke salur darah. Lemak perlu diserap terlebih dahulu di usus kecil. Lemak yang dimakan akan dicerna oleh enzim lipase dan menukarkannya ke asid lemak sebelum diserap oleh usus kecil.

Jika lemak mengumpal selepas makan makanan berlemak bersama ais di salur pencernaan, lemak ini tidak akan berjaya diserap di usus kecil, kerana saiznya yang besar. Hanya molekul dengan bentuk dan saiz tertentu sahaja boleh diserap oleh usus kecil.

Jika benar dakwaan ais menyebabkan makanan berlemak menggumpal. Kita sepatutnya makin kurus, bukan makin gemuk. Ini kerana lemak bergumpal tidak akan berjaya melepasi usus kecil sebaliknya akan dikumuhkan melalui tinja.

Hakikatnya, ais yang bersuhu sejuk akan berubah mengikut suhu badan. Ini kerana badan kita mempunyai sistem thermoregulation yang mengawal suhu makanan dan minuman luar ke suhu badan. Sistem thermoregulation ini seperti termostat yang akan mengawal suhu ke julat suhu yang ditetapkan

Ais tidak menyebabkan gemuk atau jantung tersumbat. Jika ais dikatakan menyebabkan lemak bergumpal, maka sepatutnya lemak tidak diserap diusus kecil dan terus dikumuhkan selepas makan. Hakikatnya gula dalam air ais yang menyebabkan gemuk yang berlebihan, bukan suhu sejuk itu.

Jangan risau lagi makan ais okay!

Sumber: Dr. Che Puteh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×