Hebahan

JMB Bermasalah, Ini Cara Nak Buat Aduan

2
SHARES

Bagi mereka yang tinggal di kediaman strata, isu pengurusan JMB yang tidak menjalankan tanggungjawab pasti akan merunsingkan kepala. Jangan risau, Sirap Limau akan kongsikan cara menyelesaikan isu JMB Management ini. Tetapi sebelum itu, mari kita kenali apa itu kediaman strata dan pentadbirannya.

APA ITU KEDIAMAN STRATA

Kediaman strata merujuk kepada pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama. Antara bangunan strata adalah  bangunan bertingkah atau “high rise building” seperti apartmen, pangsapuri, flat dan kondominium. Ia juga boleh dirujuk kepada pembangunan strata bertanah seperti townhouse atau perumah dalam skim komuniti berpagar.

jmb management

Setiap kawasan kediaman strata mempunyai bahagian bangunan atau kawasan yang dimiliki dan digunakan bersama oleh semua penghuni. Bangunan dan kawasan ini dikenali sebagai “Harta Bersama” seperti tangga, lif, bumbung, tangki air, kolam renang dan lain-lain. Harta Bersama ini perlu diurus dan diselenggara bagi memastikan ianya memanfaatkan penghuni. Kos bagi tujuan tersebut perlu ditanggung bersama oleh setiap penghuni.

Bagi memudahkan pengurusan, maka satu badan iaitu Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) yang mewakili penghuni perlu ditubuhkan.

Baca juga : DIY Meja Gaming Dari A-Z, Hanya Guna Plywood & Kayu Terpakai

PENUBUHAN BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB) & PERBADANAN PENGURUSAN (MC)

Badan Pengurusan Bersama (JMB) ditubuhkan apabila mensyuarat agung tahunan pertama diadakan oleh pemaju. Manakala,  Perbadanan Pengurusan (MC) pula diwujudkan selepas terbukanya buku daftar strata. Badan ini perlu mendapatkan mandat dari penghuni bagi tujuan melaksanakan pengurusan & penyelenggaraan Harta Bersama, melalui keputusan secara kolektif.

Kuasa badan pengurusan ini tertakluk kepada :

  • Menentukan bayaran yang perlu dibuat oleh setiap pemilik petak kepada tabung pengurusan (management fund). Ia termasuk yuran pengurusan / caj perkhidmatan harta bersama, premium insuran kebakaran, akaun khas dan lain-lain.
  • Membeli, menyewa atau memperolehi harta alih untuk kegunaan bersama
  • Mematuhi notis / arahan oleh pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu ke atas harta bersama
  • Mengambil tindakan ke atas petak-petak sekiranya pemilik berkenaan gagal mematuhi arahan-arahan dalam tempoh tertentu

Baca juga : Wanita Ini Kongsi Cara Cepat Langsai Loan Rumah, Tua Nanti Dah Tiada Hutang!

PENGURUSAN JMB BERMASALAH, APA PERLU BUAT?

Melalui rakaman temubual Sirap Limau bersama Puan Nurin Nabilah dari Nurin Nabilah & C0 untuk Benda Boleh Bincang, aduan perlu dibuat terlebih dahulu kepada JMB. Selepas aduan dibuat, tunggu respon dan tindakan susulan dari JMB.

Menurut Nurin Nabilah,

“Jika tidak ada tindak balas atau respons. Pergi dekat COB (Commissioner of Building). COB kebiasaannya akan take part turun padang dan jadi mediator. Tetapi kalau dengan kehadiran COB juga tidak mampu menyelesaikan masalah kita. Kita pergi dekat Mahkamah Pengurusan Strata”.

Apabila ditanya berkenaan bolehkah aduan/ tuntutan ini boleh dibawa ke Mahkamah Sivil. Ini penjelasan Puan Nurin,

“Seksyen 160 memang membenarkan Mahkamah Sivil ini untuk menerima tuntutan-tuntutan dengan syarat, kes tidak dibawa ke Mahkamah Pengurusan Strata. Ataupun you dah bawak tetapi mungkin menarik balik”

Namun demikian, beliau berpendapat sebagai pengamal undang-undang hartanah, sebarang tuntutan sebaiknya melalui Mahkamah Pengurusan Strata kerana pengkhususan bidang kuasa yang lebih spesifik, disamping tidak akan menelan masa yang lama dan kos yang tinggi.

Sumber – Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×