Famili

‘Adik Ikut Langkah Abang Ke Syurga’-Ibu Kongsi Kisah Pilu Kehilangan 2 Anak

1.6K
SHARES

Setiap pasangan yang sudah bersedia untuk menimang cahaya mata pasti gembira apabila disahkan mengandung. Begitu juga dengan kisah ibu ini yang pada mulanya gembira kerana disahkan hamil tetapi, bertukar duka apabila anak di dalam kandungannya itu disahkan tidak sihat untuk kedua-dua kandungannya.

DUA ANAK SYURGA MAMA

“Kami simpan sini buat kenangan. Anak syurga mama yang pertama : Baby Syafi’ Ramadhan Bin Syazwan Syahazrin (4bulan++) 2018. Anak syurga mama yang kedua : Baby Maryam Eiliya binti Syazwan Syahazrin (6bulan) 2019.

Pada; 21/10/2019 @ isnin – mimpi ngeri buat mama dan papa. Pada tarikh itu kami membuat temujanji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru dan mendapati anak kami tidak sihat semasa scan. Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan penyakit adik. Doktor pakar KT HSI bagi mama dan papa masa untuk tenangkan fikiran dan membuat keputusan.

BERSALIN AWAL JANGKAT HAYAT ADIK TAK LAMA

Jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Ataupun paling lama 2-3 hari. Kami buat keputusan minta doktor refer kes ke HUSM utk selanjutnya sebab kami nak dekat dengan family. Kandungan kami semasa detail scan berusia 5bulan lebih, sungguh kami terkilan aturan Allah S.WT. Allah Maha Besar.. Allah sayang adik lebih dari kami..

Kalau kira due lagi 3 bulan adik nak jumpa mama dan papa. Mama dan papa tiap bulan simpan duit nak beli macam-macam kat adik. Due adik mengikut scan 18 February 2020. Kami membuat keputusan untuk bersalin awal untuk kebaikan bersama & apa yang doktor syorkan bersalin awal lebih baik untuk kesihatan mama dan tak sanggup tengok adik sakit…

Bukan senang untuk kami tapi kami kuat. Kami hamba Allah. Siapa kita nak halang semua ni. memang susah untuk kami terima.. Siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Kami menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami.

AKTIF MASA SCAN

Masa scan tu adik aktif sangat. Siap angkat-angkat tangan & kaki lagi suka sangat mama & papa tengok kat scan. Adik sorok-sorok kat mama dan papa masalah adik. Doktor kat RSAT & nurse usik-usik lagi adik. Adik siap angkat tangan buat-buat baca doa ( tadah tangan )

2hari kemudian kami datang lagi RSAT, repeat scan. Saya dikhabarkan bahawa baby saya tidak sihat & tak boleh disimpan lama. Berderai air mata. Doktor RSAT bagi surat untuk jumpa pakar KT HSI untuk detail scan pada 21/10/19. Mama dan papa sangat-sangat sedih Allah saja yang tahu..kami nampak kuat tapi kami tak kuat.

6BULAN DALAM KANDUNGAN

Adik ialah anugerah terindah mama pernah dapat. Saat-saat bersama adik 6 bulan dalam kandungan mama takkan pernah mama lupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim mama selama 6 bulan. Adik & Abg Syafi’ (anak syurga mama).. Adik ada abang Syafi’ kat sana anak first mama yang juga tinggalkan mama Masa 4bulan ++

Setelah kami berbincang, saya dan suami bersetuju untuk ditahan wad pada 3/11/2019 dan dimasukkan ubat bagi bersalin awal, doktor telah memasukkan ubat pada 4/11/2019, 11pagi. Alhamdulillah tuhan permudahkan urusan saya 24jam saja. Saya mengalami sakit tak dapat diceritakan dengan memasukkan sebiji ubat sahaja.

Pada 5/11/19 tepat jam 12 tengahari saya tak boleh nak menahan sakit, saya paggil nurse, pastu saya ditolak ke bilik rawatan KT wad untuk doktor check bukaan. Doktor terkejut sebab dah buka jalan & baby pon dah nak keluar.. 5/11/19, 1230 tengah hari tepat adik dilahirkan dengan sekali mama push.. Alhamdulillah syukur.

HEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR SELEPAS 1JAM

Doktor ambil baby & letak pada dada mama ya Allah adik buka mata tengok mama, sebak sangat masa tu, ya Allah awak comel sangat, tinggi, putih. Suami saya baru sampai masa tu. Alhamdulillah sempat azankan baby.. Lepas je suami azankan tepat jam 1330 adik hembuskan nafas terakhir.. Semangat adik untuk hidup kuat walaupun hanya 1jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami.

Semoga kesedihan kami pada harini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari akan mendatang. Ingatlah Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu Pasti. Alhamdulillah, anak mama selamat dikebumikan diiringi hujan rintik-rintik petang ni.”

Sumber: Luna Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×