Dapur

Resepi Ayam Goreng Snack Plate Ala KFC, Siap Dengan Mashed Potato & Coleslaw Sekali. Berbaloi!

739
SHARES

Bulan ni banyak betul hari cuti umum kan? Bila dah dekat rumah tu, mulalah kepala ni asyik fikir nak masak apa untuk anak-anak.

Apa kata kita cuba buat resepi ayam goreng KFC ala Snack Plate oleh Puan Siti Zanariah Khalit ni. Memang macam set tu, ayam goreng siap dengan mashed potato dan coleslaw. Fuh, sedap tu!

Jimat pun jimat. Seronok dapat makan ramai-ramai, semua dapat makan puas-puas.

Jadi apa lagi, jom ikuti perkongsian resepi ayam goreng KFC ala Snack Plate sepenuhnya di bawah ini.

Resepi Ayam Goreng KFC Ala Snack Plate

Pagi tadi anak saya minta dimasakkan ayam goreng. Ibu rajin sikit hari ni. Jadi saya masakkan ayam goreng ala KFC.

Kebetulan tepung bestari tak sampai 1 cawan jadi saya guna apa yang ada di dapur saya saja untuk mencukupkan tepung.

Begitu juga bahan-bahan untuk melengkapkan set ayam goreng ala KFC ni. Asalkan boleh dimakan dah cukup.

Bagi saya tak perlu complicated sangat hanya untuk sepiring hidangan buat mengenyangkan perut. Mudah kan?

Resepi Snack Plate Ala KFC

Menu 1 : Ayam Goreng

1/2 ekor ayam – potong & cuci bersih

Bahan Perap Ayam :

  • 6 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1 inci halia – tumbuk halus
  • 1/2 sudu teh cili flake

– Gaul ayam bersama bahan perap.

– Kemudian biarkan dalam peti sejuk selama 1/2 jam

Campuran Tepung Gorengan :

  • 3/4 cawan tepung bestari
  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung beras
  • Sedikit garam
  • Telur untuk celup ayam

– Campur semua bahan tepung goreng

– Celup ayam pada telur kemudian golek ayam pada tepung. Kemudian celup lagi ayam pada telur dan golek semula pada tepung.

*Tujuannya supaya tepung jadi tebal. Sekiranya tak mahu tebal,cukup sekadar sekali salutan saja.

– Goreng hingga ayam kekuningan.

Menu 2: Coleslaw

Bahan-bahan

  • Kobis – hiris halus
  • Lobak merah – hiris halus
  • Mayonis

– Gaul bahan coleslaw kemudian masukkan dalam peti sejuk

Menu 3: Kentang Lecek / Mashed Potato

Bahan-bahan Untuk Kentang

  • 5 biji kentang (saya guna russet potato sebab itu yang ada di rumah. Isinya lebih gebu)
  • Mentega / marjerin
  • Lada sulah
  • Beberapa sudu susu segar (saya tak letak)

– Rebus kentang hingga masak. Angkat & toskan.

– Ketika masih panas, lenyek kentang bersama mentega dan lada sulah hingga benar-benar halus.

– Lepas siap ketepikan

resepi kentang goreng

Bahan Kuah / Gravy 

  • 1/2 biji bawang Holland – potong dadu
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • 4 sudu tepung gandum
  • Serbuk lada hitam (kasar)
  • Kiub ayam
  • Air
  • Kicap pekat (untuk warna)
  • Sedikit susu cair (supaya rasa lemak tapi kalau tak mahu tak perlu masukkan susu cair)
  • Mentega – untuk menumis

– Tumis bawang holland dan bawang putih

– Masukkan tepung gandum. Masak dengan api perlahan supaya tepung tak hangus

– Masukkan air, lada hitam dan kiub ayam.

– Masak hingga pekat kemudian masukkan sedikit kicap untuk warna.

– Tambah garam dan serbuk perasa sekiranya mahu.

Siap 1 Set!

Mudah je sebenarnya nak buat set ayam goreng ala Snack Plate KFC ni. Tengok rupa dekat nak sama kan?

Rasanya pun sedap. Yang pasti memang berbaloi dan jimat!

Jadi tak payah pening kepala lagi nak fikir masak apa cuti-cuti nanti.

Selamat mencuba!

 

*Resepi ayam goreng KFC ala snack plate ini dikongsikan oleh Puan Siti Zanariah Khalit menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×