Mungkin ramai dalam kalangan anda yang sudah memulakan ‘misi’ membuat kuih raya sempena Hari Lebaran yang bakal menjelma bukan? Bukan sahaja kuih raya, ramai juga yang mencuba pelbagai resepi kudap-kudapan selain biskut raya untuk disajikan kepada tetamu yang datang ke rumah. Salah satu resepi kudapan yang menjadi viral adalah Popia Pepero ala-ala makanan ringan Pepero dari negara Korea ini. Jom kita cuba!
Popia pepero bersama White coklat dan oreo
Cara – cara buat :
– Kulit popia (apa-apa brand tak kisah)
– **Kalau yang kulit popia yang besar potong kepada 4 bahagian -> gulung -> lekatkan ujung dia dengan air.
– **Kalau yang kulit popia yang kecik, terus gulung sahaja -> lekatkan ujung dia dengan air.
– Goreng hingga keperangan.
– Cairkan white coklat guna double boil , bila dah cair celup pada kulit kulit popia , pastu balut pula dengan oreo.
– ** kalau guna coklat balutkan dengan badam sedap.
– ** badam leceh sikit sebab nak kena sangai dulu
– Tak perlu letak dalam peti sejuk.
– Siap
*Boleh buat untuk kudapan Hari Raya!
Sumber : Adilah Othman