Famili

Anak Kongsi Catatan Lama Ibu Sebelum Sakit, ‘Part’ Luahan Hati Sebagai Isteri Undang Air Mata…

LUAHAN IBU

Luahan ibu yang ditulis sebelum jatuh sakit mencuri perhatian apabila anaknya berkongsi catatan peribadi berkenaan di media sosial.

Menerusi tulisan tersebut, tersimpan pelbagai perasaan dan kesedihan yang pernah dilalui ibunya sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang isteri.

Baca juga: Bayi 5 Bulan Alami Sawan Ketika Di Rumah Pengasuh, Ada Lebam Pada Muka & Telinga

LUAHAN IBU SEBELUM SAKIT TARIK PERHATIAN

LUAHAN IBU

Menurut Nisa Hatta, ibunya memang gemar menulis seperti diari, mungkin sebagai cara untuk meluahkan segala perkara yang terbuku dalam hati.

Menerusi gambar yang dikongsikan, catatan tersebut memaparkan luahan perasaan ibunya mengenai kehidupan sebagai seorang isteri yang berdepan kekecewaan dan rasa terluka.

Antara luahan yang ditulis ibunya termasuk:

“Sombongnya engkau pada aku. Aku isteri yang lemah. Sakit hati aku diperlakukan begini. Cuma mengejar kasih sayang.”

Catatan tersebut turut menyentuh perasaan apabila menggambarkan kerinduan terhadap kasih sayang dan perhatian dalam kehidupan berumah tangga.

Selain berkongsi tulisan berkenaan, Nisahatta turut mengimbau kenangan ketika ibunya mengalami keadaan kesihatan yang tidak terkawal sehingga meronta-ronta.

Ketika itu, dia mengambil keputusan mengazankan ibunya di telinga kanan dan kiri dengan harapan dapat menenangkan keadaan.

Kenangan tersebut membuatkan Nisahatta tersenyum apabila mengingatinya semula, namun pada masa sama dia tidak dapat menyembunyikan kerinduan terhadap ibunya.

“Kelakar pula bila teringat. Cumanya akak rindu mama,” luahnya.

Undang sebak warganet

LUAHAN IBU

Perkongsian itu mengundang rasa sebak dalam kalangan pengguna media sosial yang tersentuh membaca catatan berkenaan.

Seorang pengguna mengakui hatinya sakit membaca tulisan tersebut, selain memahami betapa beratnya ujian yang mungkin dilalui seorang wanita sebagai anak perempuan dan isteri.

Dia turut menitipkan doa agar Allah SWT sentiasa mengetahui segala perkara yang tersimpan dalam hati wanita berkenaan.

Perkongsian itu menjadi ruang buat orang ramai menghayati sisi kehidupan seorang ibu yang mungkin menyimpan pelbagai perasaan di sebalik senyuman dan kehidupannya sehari-hari.

Baca juga: “Macam Mana Nak Jadi Macam Awak?”– Khairul Aming Kongsi 3 Rahsia Kejar Impian, Pekerja Korporat Wajib Baca!

Sumber: Threads NisaHatta

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×