Euforia Bola 2026
Didik

Cemerlang PNGK 4.0 STPM, Atiqah Husna Dapat Tawaran Ke USM… Dr Asyraf Wajdi ‘Call’ & Terima Tajaan Penuh!

bantuan belajar

Bantuan belajar menjadi sinar baharu buat Atiqah Husna, pelajar cemerlang yang memperoleh PNGK 4.0 dalam STPM meskipun dibesarkan oleh datuk dan nenek dalam keadaan serba kekurangan.

Atiqah Husna dijaga oleh Pakcik Ghani dan Makcik Noriah, sejak berusia dua bulan selepas ibu dan bapanya berpisah ketika dia masih kecil.

Baca juga: Baru 15 Tahun, Anak Sharifah Sofia Cipta Kejutan! Juara Ragbi, Raih Emas SUKMA Bawah 21 Tahun

PELAJAR PNGK 4.0 TERIMA BANTUAN BELAJAR KE USM

BANTUAN BELAJAR

Menurut perkongsian 3rd Force Pasir Mas di Facebook pada 1 September 2026, kehidupan keluarga berkenaan bukanlah mudah.

Pakcik Ghani tidak lagi dapat bekerja sejak 2007 selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya yang menyebabkan beliau menjadi orang kurang upaya.

Nenek Atiqah, Makcik Noriah pula semakin berusia dan tidak lagi mampu bekerja. Mereka sekeluarga kini menetap di sebuah rumah sumbangan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan banyak bergantung kepada bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi menampung keperluan harian.

Namun, kesusahan hidup tidak menghalang Atiqah untuk terus berusaha dalam pelajaran. Malah, dia berjaya memperoleh keputusan PNGK 4.0 dalam peperiksaan STPM dan seterusnya menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam program Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dengan Kepujian di Universiti Sains Malaysia (USM).

Tawaran melanjutkan pengajian itu turut menimbulkan kebimbangan kepada datuk dan neneknya yang perlu memikirkan kos untuk menghantarnya mendaftar ke universiti.

Selain perbelanjaan pengajian, Atiqah turut memerlukan sebuah komputer riba untuk kegunaan sepanjang berada di kampus.

Perkara itu kemudiannya mendapat perhatian orang ramai selepas kisah Atiqah dikongsikan oleh 3rd Force Pasir Mas dengan harapan ada pihak tampil membantu pelajar berkenaan meneruskan pengajian.

Dr Asyraf Wajdi hubungi Naib Canselor USM

BANTUAN BELAJAR

Perkembangan terbaharu mengenai kisah Atiqah turut dikongsikan Ketua Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Menerusi perkongsian beliau, ramai pengguna media sosial telah menandainya berhubung kisah seorang pelajar cemerlang STPM yang memperoleh PNGK 4.0.

Beliau kemudian mengambil tindakan dengan menghubungi Naib Canselor USM, Prof Dato Dr Abdul Rahman Mohamed. Menurut Dr Asyraf Wajdi, Naib Canselor USM bersetuju untuk membantu menaja pengajian Atiqah sepenuhnya.

“InsyaAllah USM akan masukkan di bawah Program Biasiswa Sulong USM,” katanya.

Dalam pada itu, Yayasan Pelajaran MARA turut akan membantu menyediakan persediaan pelajar berkenaan untuk melanjutkan pengajian ke USM.

Dr Asyraf Wajdi turut merakamkan penghargaan kepada Naib Canselor USM yang disifatkannya pantas bertindak selepas dimaklumkan mengenai kisah Atiqah dari Pasir Mas, Kelantan.

Beliau turut tersentuh dengan kisah Atiqah yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya dan dibesarkan oleh datuk serta nenek yang kini sudah uzur.

Dengan bantuan tajaan penuh daripada USM serta sokongan Yayasan Pelajaran MARA, Atiqah kini mempunyai peluang untuk meneruskan pengajian dan mengejar cita-citanya untuk menjadi seorang pendidik.

Baca juga: Pesta Lampu Sedunia Malaysia 30 & 31 Ogos 2026, Saksikan Dataran Merdeka Dipenuhi Cahaya!

Sumber: Facebook 3rd Force Pasir Mas & Dr Asyraf Wajdi Dusuki

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×