Euforia Bola 2026
Cantik

“Cemarkan Imej Malaysia”- Tindakan Individu Tempatan Sertai Pertandingan Ratu Cantik Transgender Di Thailand Dikecam JPMHEA

ratu cantik

Penyertaan seorang individu tempatan dalam pertandingan ratu cantik transgender yang berlangsung di Bangkok, Thailand pada 30 Ogos lalu mendapat perhatian Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama (JPMHEA).

Baca juga: “Ingat Telinga Salah Dengar”- Ramai Berterima Kasih Remy Ishak Tanya Kenapa Laung Azan Subuh 2 Kali, Ini Sebabnya..

JPMHEA KECAM PENYERTAAN DALAM PERTANDINGAN RATU CANTIK TRANSGENDER DI THAILAND

ratu cantik

Tangkap layar dari video tular penyertaan seorang individu tempatan yang dipercayai menyertai pertandingan ratu cantik transgender.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 1 September, pihak JPMHEA memaklumkan bahawa tindakan tersebut dikecam sekeras-kerasnya kerana disifatkan mencemarkan imej Malaysia di persada antarabangsa.

Menurut kenyataan berkenaan, penyertaan dalam acara tersebut juga dianggap bertentangan dengan ajaran Islam, norma budaya tempatan serta nilai kesopanan dan kesusilaan yang menjadi pegangan masyarakat Malaysia.

Baca juga: Pantau Proses Sertu Sebelum Buka Restoran, Adam Corrie Fikir Kebajikan Solat Pekerja Raih Pujian

JPMHEA tegaskan acara berkenaan tiada pengiktirafan kerajaan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan berkata, perbuatan menyerupai jantina berlawanan atau tasyabbuh serta mempromosikan gaya hidup transgender adalah haram di sisi hukum Syarak.

Beliau turut menegaskan bahawa perkara tersebut dilarang di bawah perundangan Syariah di negeri-negeri.

Dalam pada itu, penganjuran mahupun penyertaan dalam acara berkenaan tidak pernah mendapat sokongan, kebenaran atau pengiktirafan daripada pihak berkuasa agama atau Kerajaan Malaysia.

Sehubungan itu, masyarakat turut dinasihatkan supaya tidak mensensasikan atau mengagung-agungkan perkara yang dianggap bercanggah dengan syariat.

Sebaliknya, orang ramai digesa bersama-sama mempertahankan nilai moral dan akidah ummah.

JPMHEA turut memaklumkan bahawa pihak berkuasa agama akan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi meneliti tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×