Euforia Bola 2026
40 Minggu

Tular Video Baby ‘Beratur’ Tahnik Dengan Ustaz Azhar Idrus, Ramai Doakan & Teruja Lihat Momen Ini

tahnik bayi

Perkongsian pengguna media sosial dikenali sebagai Jebat mengenai anaknya, Maleeq, yang berpeluang menjalani tahnik bayi bersama pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, menarik perhatian ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian di laman TikTok, Jebat meluahkan rasa syukur apabila anaknya berkesempatan menerima tahnik daripada tokoh agama berkenaan.

Baca juga: Fadhlina Arah Unit Integriti Ambil Tindakan Lanjut, Susulan Aduan Keluarga Berhubung Kematian Nur Qaira Alisha

TAHNIK BAYI BERAMAI-RAMAI DENGAN USTAZ AZHAR IDRUS

TAHNIK BAYI

“Alhamdulillah rezeki Baby Maleeq dapat tahnik dengan Murabbi Ustaz Azhar Idrus. Semoga menjadi anak yang soleh, anak abah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna TikTok dan menerima hampir 300,000 tontonan.

Ruangan komen turut dipenuhi dengan doa dan ucapan baik daripada warganet yang berharap Baby Maleeq membesar sebagai anak yang soleh serta mempunyai kehidupan yang diberkati.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk harapan agar anak Jebat dapat membesar dalam lingkungan yang baik dan menjadi insan berjaya di dunia serta akhirat.

“Tahnik ramai-ramai nanti besar jadi sahabat akrab dan berjaya dunia akhirat ya,” tulis seorang pengguna.

Seorang lagi warganet turut menitipkan doa agar Maleeq membesar sebagai anak yang baik serta menjadi umat Nabi Muhammad SAW yang sentiasa mengenang perjuangan dan pengorbanan Baginda.

“Semoga membesar jadi anak yang soleh dan solehah. Berkembang menjadi umat Nabi Muhammad yang mengenang jasa dan pengorbanan nabinya,” katanya.

TAHNIK BAYI

Cara tahnik dengan Ustaz Azhar Idrus

Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna mengenai cara untuk mendapatkan khidmat tahnik daripada Ustaz Azhar Idrus.

Soalan tersebut kemudiannya dijawab oleh pemilik video yang berkongsi pandangan bahawa tiada keperluan untuk membuat tempahan secara khusus.

“Tak perlu booking, pergi sahaja mana-mana masjid yang Ustaz Azhar Idrus buat kuliah. Lepas Solat Isyak bawa terus baby untuk tahnik,” jelasnya.

Perkongsian tersebut menunjukkan amalan tahnik masih mendapat perhatian masyarakat, khususnya dalam kalangan ibu bapa yang mahu meraikan kelahiran cahaya mata dengan amalan yang berkaitan sunnah.

@.jebatderhaka

Alhamdulillah Rezeki Baby Maleeq Dapat Tahnik Dengan Murabbi Ustaz Azhar Idrus… Semoga menjadi Anak Yang Soleh Anak Abah 🤲🏻🤲🏻… #Alhamdulillah #MasjidTaqwaDurianBurung

♬ original sound – 𝙽𝚊𝚠𝚏𝚑𝚊𝚕_𝚊𝚗_𝙽𝚊𝚏𝚜 – 𝙽𝚊𝚠𝚏𝚑𝚊𝚕 𝙰𝚗-𝙽𝚊𝚏𝚜

Baca juga: Pesta Lampu Sedunia Malaysia 30 & 31 Ogos 2026, Saksikan Dataran Merdeka Dipenuhi Cahaya!

Sumber: TikTok Jebat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×