Euforia Bola 2026
Famili

May*t Bayi Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Dengan Kesan Tikam*n, Rupanya Pelajar Kolej Masih Hamil Seorang Lagi

mayat bayi

Penemuan mayat bayi perempuan di dalam mangkuk tandas sebuah rumah sewa di Taman Setia Mutiara, Kluang menggemparkan orang ramai apabila polis mengesahkan telah menahan sepasang pelajar kolej berusia 19 tahun bagi membantu siasatan.

Baca juga: Myanmar Setuju Terima Semula 5,000 Pelarian Rohingya, Reaksi Rakyat Malaysia Raih Perhatian… “Teruskan!”

MAYAT BAYI DITEMUI DENGAN KESAN TIKAMAN, PASANGAN PELAJAR KOLEJ DITAHAN

mayat bayi

Gambar Najmi Nor’azam: Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad ditemui media pada Majlis Perhimpunan Bulanan serta Upacara Pelepasan Bantuan Sumber Manusia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Terdapat satu lagi bayi perempuan dalam kandungan

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menerima laporan pada kira-kira jam 1 tengah hari mengenai seorang pelajar perempuan dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom di Kluang kerana dipercayai baru melahirkan anak.

“Sebaik melahirkan bayi berkenaan, pelajar itu telah menghubungi gurunya sebelum dia dibawa ke hospital untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar itu sudah melahirkan seorang bayi selain mendapati terdapat satu lagi bayi perempuan dalam kandungannya,” katanya pada sidang media sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Baca juga: “Dik Nak Belajar Ke Melawa?”- Sampai Sebaldi Alat Solek Pelajar Dirampas Guru, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

mayat bayi

Gambar hiasan: Gemini AI

Bayi di dalam mangkuk tandas mempunyai beberapa kesan tikaman

Ab Rahaman berkata, hasil siasatan lanjut di rumah sewa yang didiami pelajar terbabit membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan.

Katanya, pemeriksaan awal ke atas bayi itu mendapati terdapat beberapa kesan tikaman pada tubuh bayi berkenaan namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan.

“Susulan itu, polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun dipercayai teman lelaki kepada wanita terbabit bagi membantu siasatan.

“Lelaki berkenaan ditahan dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang hari ini,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan.

[DIKEMASKINI] TEMAN LELAKI MENGAKU BERI RM450 UNTUK GUGUR KANDUNGAN

Dalam perkembangan baru, teman lelaki pelajar kolej tersebut mengaku memberikan RM450 kepada wanita terbabit supaya menggugurkan kandungannya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pengakuan itu dibuat oleh suspek berusia 19 tahun selepas dia ditahan susulan laporan penemuan mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam rumah terbabit.

“Berdasarkan hasil soal siasat, suspek mengaku memberikan wang RM450 kepada teman wanitanya supaya menggugurkan kandungan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ab Rahaman berkata, suspek ditahan pada jam 10.30 malam, 18 Julai lalu bagi membantu siasatan. Semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing didapati negatif dadah.

Seorang lagi bayi perempuan telah dilahirkan

Selain itu, sebilah pisau berukuran 24 sentimeter panjang dan pakaian yang mempunyai kesan darah turut dirampas oleh polis.

Katanya, pelajar terbabit masih lagi dirawat di hospital sebaik melahirkan seorang lagi bayi perempuan.

“Hasil bedah siasat dijalankan pakar patologi mendapati, punca kematian bayi terbabit disebabkan luka tikaman berganda pada bahagian dada,” katanya.

Sumber: Harian Metro (1) (2)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×