Euforia Bola 2026
Famili

2 Beradik Hanyut Ketika Ambil Bola, Adik Disahkan Meninggal Dunia & Pencarian Abang Diteruskan

hanyut arus deras

Seorang kanak-kanak dan remaja lelaki dilaporkan hilang selepas hanyut arus deras ketika cuba mengambil bola yang terjatuh ke dalam longkang di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, mengesahkan bahawa adik mangsa, berusia 12 tahun, ditemukan pada jam 7.47 malam di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan.

Baca juga: Disangka Masalah Kamera, Rupanya Sihir Cemburu! Wajah Pengantin Dalam Gambar Jadi Nenek Tua

KANAK-KANAK HANYUT ARUS DERAS, ADIK DISAHKAN MENINGGAL DUNIA

HANYUT ARUS DERAS

Kredit: NST

Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kajang namun disahkan meninggal dunia pada jam 10 malam ketika menerima rawatan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada jam 12 tengah malam atas faktor keselamatan sebelum diteruskan semula pagi ini.

“Pencarian disambung pada jam 8 pagi bagi mengesan remaja berusia 14 tahun yang masih belum ditemui,” jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan kedua-dua beradik tersebut sedang bermain bola bersama rakan-rakan di kawasan padang berhampiran sebelum dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil bola yang jatuh ke dalam longkang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 6.32 petang semalam.

“Maklumat daripada pemanggil memaklumkan terdapat dua individu iaitu remaja dan kanak-kanak lelaki sudah hanyut dibawa air semasa sedang mengambil bola di dalam longkang,” ujarnya.

Baca juga: Jangan Bercuti Di Hatyai Sampai Tahun Depan, Bandar ‘Lumpuh’ Akibat Banjir Besar

Sumber: Buletin TV3 & Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×