Euforia Bola 2026
Nur

Dah Habis Solat Baru Perasan ‘Kepala’ Sejadah Terbalik, Kena Ulang Semula Atau Sah?

SEJADAH TERBALIK

Dalam kalangan masyarakat, sering timbul kekeliruan tentang perkara-perkara kecil yang berlaku ketika bersolat. Antaranya isu sejadah terbalik, corak tidak sehala atau tersalah letak bahagian kepala sejadah. Ramai yang bimbang hal ini boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah.

Baca juga: Hukum Suami Guna Duit Isteri Untuk Bayar Keperluan, Kena Minta Izin Dulu Atau Tidak?

SOLAT TAPI SEJADAH TERBALIK, SAH ATAU ULANG SEMULA

SEJADAH TERBALIK

Threads

Sebenarnya, menurut penjelasan dan pandangan umum ulama, solat tetap sah selagi kiblatnya betul dan rukun-rukun solat dipenuhi, meskipun sejadah diletakkan dalam keadaan terbalik. Corak sejadah hanyalah rekaan dan bukanlah penentu sah atau batal sesuatu solat.

Apa yang perlu diberi perhatian adalah arah kiblat, kekhusyukan hati dan perlaksanaan rukun serta syarat solat itu sendiri. Namun begitu, ada juga situasi lain yang jauh lebih serius tetapi sering berlaku tanpa sedar iaitu tersalah waktu solat.

Ada yang pernah menghadap sejadah dengan penuh fokus, selesai solat, kemudian baru tersedar bahawa waktu yang masuk sebenarnya bukan Subuh, tetapi Isyak atau sebaliknya.

Menurut perkongsian seorang guru KAFA, Ustaz Mohad Noor Hafiz Halip melalui sebuah video di YouTube, solat tetap dikira sah selagi bahagian dada seseorang itu menghadap kiblat dengan tepat, walaupun sejadah yang digunakan berada dalam keadaan terbalik.

Beliau menjelaskan bahawa jika seseorang menjaga semua syarat sah solat dan rukun-rukunnya, termasuk arah kiblat, maka kedudukan sejadah, sama ada terbalik atau tidak, ia tidak memberi kesan terhadap kesahihan solat.

SEJADAH TERBALIK

Freepik

“Ini kerana, sejadah bukan termasuk dalam perkara wajib atau syarat yang menentukan sah batalnya ibadah tersebut. Solat hanya menjadi tidak sah jika tubuh tidak menghadap kiblat bukannya kerana kedudukan sejadah itu sendiri.

“Jika tersalah solat kerana tidak memeriksa waktu terlebih dahulu, maka seseorang perlu mengulangi solat dengan niat yang betul dan pada waktu yang tepat,” jelasnya.

Jadi, sebelum bersolat, pastikan waktu sudah masuk, niat sudah jelas dan hati sudah bersedia, barulah ibadah sempurna.

Baca juga: 9 Doa Selalu Dilafazkan Oleh Para Nabi, Ada Dalam Al-Quran & Boleh Dijadikan Rutin Kehidupan…

Sumber: Thread Waktu Solat Malaysia & Ustaz Noor Hafiz Official

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×