Dalam kehidupan moden hari ini, isu suami guna duit isteri sering menjadi perbincangan terutamanya apabila melibatkan perbelanjaan harian dan nafkah keluarga. Ramai yang masih keliru, sedangkan syarak telah menggariskan panduan yang jelas mengenai perkara ini.
Baca juga: Teguran Lembut Tapi Menyentuh – Ustazah Asma’ Harun Bimbang Aurat Wanita Kian Diabaikan Di Hospital
HUKUM SUAMI GUNA DUIT ISTERI MENGIKUT SYARAK ISLAM

Menurut hukum syarak, duit isteri adalah hak mutlak isteri. Suami tidak mempunyai hak untuk mengambil, menggunakan atau membelanjakan harta isterinya tanpa keizinan yang jelas.
Sekiranya isteri mengizinkan, menghalalkan atau memberikan duitnya kepada suami dengan rela hati, maka hukumnya adalah halal dan dibenarkan.
Keizinan ini juga perlu datang tanpa paksaan atau tekanan. Jika isteri memberi kerana takut dimarahi, terpaksa, atau dipaksa secara halus, maka ia tidak dianggap halal. Islam sangat menjaga hak wanita dan memastikan harta mereka tidak diambil sewenang-wenangnya.
Meskipun isteri bekerja, mempunyai pendapatan sendiri atau berada dalam kedudukan kewangan yang stabil, nafkah tetap menjadi kewajipan suami.
Ini termasuklah:
- Makanan dan minuman
- Tempat tinggal
- Keperluan asas harian
- Pakaian
- Perbelanjaan rumah seperti bil asas
- Rawatan perubatan yang munasabah
Ini adalah tanggungjawab syarie yang tidak boleh dipindahkan kepada isteri. Maka, suami tidak boleh berkata:
“Awak bayar yang ini, saya bayar yang itu.”
Jika suami memaksa isteri menanggung sebahagian perbelanjaan rumah tanpa kerelaan isteri, perbuatan itu adalah haram.
Islam menetapkan suami sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab menyediakan keperluan asas tanpa memindahkan beban tersebut kepada isteri.
Hakikatnya, dari sudut agama, kenyataan ini menunjukkan kurangnya kefahaman tentang tanggungjawab seorang suami. Adil bukan bermaksud sama rata membahagi perbelanjaan, tetapi memenuhi kewajipan mengikut syariat.

Umum mengetahui, nafkah adalah kewajipan suami, bukan isteri. Jika suami tidak mampu menanggung nafkah asas dan mengeluh apabila diminta menyediakan keperluan keluarga.
Ini kerana akad nikah bukan sekadar lafaz, tetapi janji dan komitmen bahawa suami bersedia memikul peranan sebagai pemberi nafkah.
Walaupun tanggungjawab nafkah adalah pada suami, isteri yang membantu kewangan keluarga dengan kerelaan akan mendapat ganjaran pahala.
Rasulullah SAW menyebut setiap pemberian isteri kepada keluarga, walaupun sedikit, adalah sedekah yang diberi pahala berlipat ganda.
Baca juga: 9 Doa Selalu Dilafazkan Oleh Para Nabi, Ada Dalam Al-Quran & Boleh Dijadikan Rutin Kehidupan…
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
