Euforia Bola 2026
Teknologi

Cara Mudah Untuk Unsubscribe Emel, Dengan Satu Klik Dah ‘Settle’ Semuanya!

CARA UNSUBSCRIBE EMEL

Ramai yang masih belum tahu cara unsubscribe emel dengan betul, menyebabkan inbox penuh dengan notifikasi dan iklan yang tidak penting.

Tanpa disedari, puluhan atau ratusan emel seperti ini terus masuk setiap hari, menyebabkan inbox kelihatan tidak teratur dan menyukarkan anda mencari emel penting.

Baca juga: 10 Prompt Gambar AI Yang Tengah ‘Meletup’ Sekarang, Hasil Cantik & Nampak Real!

CARA UNSUBSCRIBE EMEL PALING MUDAH & LAJU

CARA UNSUBSCRIBE EMEL

Freepik

Bagi ramai pengguna Gmail, kotak masuk yang dipenuhi dengan emel promosi, iklan dan notifikasi langganan yang tidak diperlukan boleh menjadi sesuatu yang menjengkelkan.

Proses untuk menyaring dan memadam emel-emel ini satu per satu pula memakan masa dan meletihkan, terutamanya jika ia sudah terkumpul terlalu lama.

Namun begitu, Google kini memperkenalkan satu ciri yang membolehkan pengguna mengenal pasti dan mengurus langganan emel dengan lebih efisien terus dari akaun Gmail anda.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah:

1. Log masuk ke akaun Gmail seperti biasa, kemudian cari dan klik pada pilihan “Manage Subscriptions”. Paparan ini akan menyenaraikan semua emel langganan aktif yang anda pernah terima sebelum ini.

Dari situ, anda boleh menapis langganan yang tidak lagi relevan dan tekan butang “Unsubscribe” untuk berhenti menerima emel daripada pengirim tersebut seperti gambar di bawah.

CARA UNSUBSCRIBE EMEL

CARA UNSUBSCRIBE EMEL

Ciri ini juga tersedia di aplikasi Gmail versi mudah alih, jadi anda boleh mengurus langganan secara terus dari telefon pintar tanpa perlu menggunakan komputer.

Dengan hanya beberapa klik, anda bukan sahaja boleh mengosongkan inbox dengan lebih cepat, malah membantu memastikan emel-emel yang masuk selepas ini lebih tersusun dan relevan.

Baca juga: Tutorial Buat Gambar Figura 3D Guna Google Gemini, Tengah Trending Di Media Sosial!

Sumber: Wiser

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×