Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Tegur Budaya Bagi Goodies Makanan Di Taska, “Kalau Nak Bagi, Biar Berkualiti & Selamat”

BEG GOODIES

Seorang ibu di aplikasi Threads meluahkan rasa kurang senang apabila menerima beg goodies yang diberikan di taska anaknya. Luahan itu bukan sekadar rungutan, tetapi satu peringatan penuh keprihatinan tentang keselamatan anak-anak kecil, terutamanya yang berusia bawah 3 tahun.

Baca juga: Lelaki Tak Dikenali Selamba Pegang Paha Budak 3 Tahun, Bila Dijerkah Terus Lari Tak Cukup Tanah!

TERIMA BEG GOODIES JAJAN DI TASKA ANAK, IBU INI TAK SETUJU

BEG GOODIES

Freepik

“Sebagai ibu yang hantar anak ke taska, saya takkan sesekali bagi beg goodies makanan atau sebarang bentuk makanan dekat anak-anak taska. Besar tanggungjawab bila kita bagi anak orang lain makan. Especially below 3 years old. Macam mana kalau dia alergik, tercekik jajan atau keracunan makanan?” tulisnya.

Mungkin ada yang menganggap ini satu perkara biasa tetapi hakikatnya, apa yang dimaksudkan ibu berkenaan sangat berasas. Hal ini kerana kanak-kanak bawah 3 tahun adalah fasa kritikal dari segi perkembangan fizikal dan keupayaan makan.

“Anak saya yang bawah 2 tahun pernah dapat sumi berkulat, kertas mewarna yang ada lidi tajam + glitter, popping candy, ini memang saya terkejut. Kenapa bagi goodies popping candy untuk anak bawah 2 tahun?” ujarnya.

Walaupun tidak pernah membuat aduan secara rasmi kepada guru-guru, ibu ini berasa amat lega apabila taska mengambil langkah proaktif dengan menampal notis larangan menyambut hari jadi dan pemberian goodies bag berunsur makanan.

Ibu ini menekankan bahawa niat untuk menggembirakan anak-anak lain sempena sambutan hari jadi atau acara khas memang murni, tetapi harus dilakukan dengan lebih bertanggungjawab. Jika benar mahu memberi goodies, mungkin pilihan yang lebih sesuai adalah dalam bentuk mainan atau buku yang mesra usia, contohnya, sticker books, alat tulis atau puzzle kecil yang selamat.

Reaksi warganet turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan yang senada. Ramai yang bersetuju bahawa pemberian goodies di taska perlu lebih berhati-hati dan tidak dibuat sekadar untuk ‘cukup syarat.’

“Setuju. Dah tu beli yang murah-murah, kita pun dapat rasa low quality, tak sedap! Kalau nak sedekah, kan lebih elok pilih barang yang berkualiti,” komen pengguna Threads.

Baca juga: Minuman Halal Tapi Gaya Arak, Siap Guna Nama Pelik! Trend Peniaga Muslim Ini Makin Mengarut

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×