Rakyat

KWSP Umum Langkah Permohonan Pengeluaran Khas RM10K Supaya Lebih Mudah

224
SHARES

Baru-baru ini, kerajaan bersetuju membenarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membuat pengeluaran khas sebanyak RM10,000.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berdasarkan hasil kajian dalam kalangan rakyat yang masih terkesan dari segi ekonomi, kehilangan pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Baca juga: Pengeluaran Khas KWSP, Ini 4 Perkara Penting Sebelum Mohon Keluar RM10K

KWSP UMUM LANGKAH PERMOHANAN PENGELUARAN RM10K

Terbaharu, menerusi satu kenyataan KWSP mengumumkan bahawa ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan. Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my, yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022.

Selain itu, pembayaran bagi Pengeluaran Khas simpanan KWSP akan dibuat dalam satu bayaran sahaja dan dikreditkan ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli.

“Ahli yang ingin mengeluarkan simpanan KWSP mereka di bawah kemudahan Pengeluaran Khas boleh berbuat demikian melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my, yang juga boleh diakses melalui aplikasi mudah alih i-Akaun bermula 1 April 2022” diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan hari ini.

Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas ini boleh didapati di ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my. Facebook, Twitter dan Instagram KWSP

Sumber: Facebook KWSP

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×