Didik

9 Skills Yang Anak-Anak Perlu Tahu Untuk ‘Survive’!

91
SHARES

Sebagai ibu bapa, kita terlalu menyayangi anak-anak sampai semua perkara berkaitan mereka, ingin kita lakukan. Malangnya, situasi ‘overparenting’ ini sebenarnya mempunyai kesan negatif juga kepada anak-anak dan membiarkan mereka tertanya-tanya dan tidak bersedia untuk menghadapi situasi di luar sana.

Ini adalah antara lapan ‘skills’ yang perlu diterapkan dalam kehidupan anak-anak yang semakin membesar supaya mereka lebih serba tahu untuk menghadapi kehidupan seharian. Jom kita baca!

1. Siapkan makanan sendiri

http://www.epicurious.com/

http://www.epicurious.com/

Bagi ibu-ibu yang tidak bekerja, sudah semestinya anda akan menyiapkan makanan yang lengkap kepada anak-anak bukan? Sudah semestinya rutin ini sangat bagus tetapi, sedar atau tidak rutin ini akan menyebabkan anak anda kurang mahir untuk menyediakan makanan mereka sendiri. Apabila anak sudah melangkah ke alam remaja, menyediakan makanan sendiri sepatutnya sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka.

Boleh kalau kadang-kadang kita memanjakan mereka tetapi apa yang penting ialah mereka patut tahu dan pandai mengaplikasikan rutin menyediakan makanan sendiri apabila anda tidak berada bersama.

2. Bangun sendiri, tidak perlu dikejutkan

www.verywell.com

www.verywell.com

Rutin tidur pada waktu yang ditetapkan dan boleh bangun awal seharusnya sudah dididik sejak masih kecil lagi. Apabila anak sudah berada di sekolah menengah atau kolej, perkara ini sepatutnya sudah terbiasa bagi diri mereka. Sebagai ibu, jangan terlalu mendesak diri kita sendiri supaya menjadi ‘jam loceng’ mereka. Sebaliknya, latih mereka tentang pentingnya masa dan disiplin.

3. Basuh baju sendiri

http://www.huffingtonpost.com/

http://www.huffingtonpost.com/

Membasuh baju sendiri adalah perkara yang perlu diterapkan secara berperingkat. Mulakan dengan mengajak anak membantu anda mengangkat baju di ampaian dahulu. Jangan terlampau mendesak mereka untuk basuh baju sendiri kerena mereka mungkin akan beranggapan bahawa rutin tersebut sangat menyusahkan. Latih mereka supaya mereka lebih berminat untuk basuh baju sendiri dengan mengatakan ayat seperti ” kena basuh baju sendiri, baru adik tahu baju adik cantik-cantik”, ” kalau pandai dan cepat basuh baju sendiri, tak payah tunggu lama untuk baju kering, cepat boleh pakai balik”.

4. Isi minyak kenderaan sendiri

http://www.thejournal.ie/

http://www.thejournal.ie/

Inilah masalah yang dialami oleh remaja di luar sana khususnya perempuan. Bagi remaja yang sudah mempunyai kenderaan sendiri ke sekolah atau kolej, kebolehan untuk mengisi minyak kereta atau motorsikal menjadi kewajiban. Oleh itu, ibu bapa perlu mengajar anak cara untuk mengisi minyak kepada anak-anak supaya mereka sentiasa peka dengan keadaan kereta dan juga pandai menguruskan wang.

5. ‘Pack’ barang sendiri

http://theartofsimple.net/

http://theartofsimple.net/

Mengemas atau ‘pack’ barang semestinya menjadi rutin yang biasa buat para ibu. Contohnya, tolong kemaskan beg anak, menyusun buku sekolah dalam beg anak dan sebagainya. Kalau boleh, kurangkan rutin ini dan biarlah mereka melakukanya sendiri. Dengan ini, anak-anak akan lebih peka dengan subjek yang dipelajari di sekolah dan bukan itu sahaja, akan tiba masanya bila anak-anak tidak perlu tengok jadual buku harian lagi kerana sudah ingat jadual susunan subjek di sekolah!

6. Pesan makanan di restoran

http://blog.holidaydiscountcentre.co.uk/

http://blog.holidaydiscountcentre.co.uk/

Jika perkara ini tidak dididik sejak mereka masih kecil, tak megapa, masih tidak terlalu lambat. Penting juga bagi anak-anak khususnya apabila sudah remaja supaya pandai memesan makanan sendiri apabila berada di restoran. Ibu bapa perlu memberitahu anak bahawa dengan kebolehan mereka memesan makanan sendiri di restoran, mereka akan lebih matang. Mulakan dengan mengajar anak supaya berbudi bahasa dan jelas semasa memesan makanan. Ini untuk mengelakkan anak-anak supaya tidak bersikap kurang ajar dengan orang lain.

7. Berkomunikasi dengan orang tak dikenali

www.relate.org.uk

www.relate.org.uk

Memang ini antara situasi yang digeruni oleh ibu bapa di luar sana. Semestinya ibu bapa akan melarang anak-anak dari berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi, kini ibu bapa perlu melatih anak tentang bagaimana untuk mengendalikan diri atau cara berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali. Cuba biarkan anak berada di tempat yang terbuka seperti di pasar untuk melihat kebolehan mereka untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali.

8. Membeli barangan rumah sendiri

www.bustle.com

www.bustle.com

Membeli kelengkapan atau barang keperluan rumah adalah perkara yang paling menyeronokkan untuk diajar kepada anak-anak. Ibu bapa perlu latih mereka dengan memberitahu apa yang selalu dibeli dan apa yang tidak perlu dibeli. Mulakan dengan keluar membeli barangan rumaha dengan anak-anak dan lama kelamaan biarkan mereka keluar membeli sendiri. Bila mereka sudah dewasa dan tinggal sendiri, anda tidaklah perlu lagi kerana mereka sudah mahir menguruskan keperluan mereka.

9. Guna pengangkutan awam

http://thekl-chronicle.blogspot.my/

http://thekl-chronicle.blogspot.my/

Kadang-kadang, ibu bapa terlalu mengongkong anak dengan tidak membenarkan mereka menggunakan pengangkutan awam kerana khuatir membahayakan nyawa. Jangan berfikir sebegitu, sebaliknya anda sendiri perlu keluar dan melatih anak tentang cara menggunakan pengangkutan awam. Perkara ini perlu untuk anak-anak tahu kerana ia bukan sahaja memudahkan kita tetpai juga memudahkan pergerakan mereka ketika tidak berada bersama.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×