Kerang merupakan salah satu makanan laut yang menjadi kegemaran ramai juga. Rasanya juga enak dan sesuai untuk pelbagai jenis masakan. Tetapi, kalau anda perasan, kerang merupakan makanan laut bercengkerang yang perlu dicuci dua kali ganda dari makanan laut yang lain. Apa cara basuh kerang yang mudah eh?
Jadi, sebelum kita masak, mesti kita nak bersih-bersihkan kerang tu dahulu supaya juadah yang disediakan juga bersih. Jom kita tengok ada 10 langkah yang boleh digunakan untuk cuci kerang dengan bersih sebersihnya!
CARA BASUH KERANG SAMPAI BERSIH
Kerang yang dijual warnanya gelap. Nak masak perlu bersihkan sampai putih berseri kan. Sebelum ni saya gaul-gaul, ramas-ramas gitu banyak kali, buang airnya, ramas lagi dan lagi pastu terus rebus. Rupa-rupanya ada petua cara mudah untuk bersihkan kerang.
Cara 1
Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur. Rendam dengan air sama cukup dengan kerang. Gaul dengan tangan. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih. Kalau ada serai la kan.
Cara 2
Ambil beberapa batang pelepah pisang dan sedikit daunnya lalu digosokkan pada kerang. InsyaAllah kerang cepat cuci dan isi kerang lebih enak rasanya.
Cara 3
Gaul dengan daun ubi. Ramas-ramaskan, bersih juga.
Cara 4
Guna daun betik pun boleh putih bersih.
Cara 5
Gaul kerang dengan hampas kelapa dan biarkan sejam dua. Kulit kerang akan putih bersih. Ni kalau ada kelapa la kan. Kat rumah ni saya guna santan je untuk memasak.
Cara 6
Basuh dengan bawang putih yang ditumbuk pun boleh.
Cara 7
Rendam dengan air beras untuk bersihkan kerang.
Cara 8
Rendam asam keping pon boleh…dalam setengah jam gitu… putih bersih kerang.
Cara 9
Rendam kerang guna garam.
Cara 10
Rendam kerang dalam semangkuk air yang dah masukkan serbuk kunyit. Rendam selama 16minit. Cara ni paling best. Saya guna cara ni je.
Petang ni dah boleh masak kerang untuk juadah berbuka. Pastikan cuci kerang tu bersih-bersih ya!
Sumber : Shida Rahman