Asuh

5 Sebab Jangan ‘Skip’ Proses Bayi Merangkak, Walaupun Dah Pandai Berdiri

8.9K
SHARES
proses bayi merangkak

“Wah, ‘advanced’ anak engkau ni. Duduk pun belum tegak dah nak pandai berdiri. Dia tak merangkak dulu ke?”

Hmmm… Jangan ingat bayi yang terus berdiri tanpa merangkak tu lebih ‘advanced’ ya. Kita selalu risau anak lambat berjalan, tetapi ramai tak tahu betapa pentingnya proses merangkak terhadap bayi.

Telah banyak kajian yang menunjukkan bahawa proses bayi merangkak adalah sangat penting dalam membantu perkembangan bayi.

Perasan tak, kalau pergi ‘check-up’, selalunya doktor akan tanya sama ada bayi dah pandai merangkak apabila bayi sudah mencecah 7 hingga 8 bulan.

proses bayi merangkak

Foto Kredit: thebump.com

Kenapa Sesetengah Bayi ‘Skip’ Proses Merangkak?

Menurut doktor, sesetengah bayi tidak merangkak kerana dia telah menemui cara lain untuk bergerak, seperti berpaut sambil berdiri atau mengengsot sambil duduk.

Mungkin ada juga yang menyalahgunakan ‘baby walker’ atau kerusi bayi sehingga bayi malas untuk bergerak dengan keupayaan sendiri.

Selain itu, anak yang selalu didukung juga mungkin akan rasa kurang berminat untuk bergerak, terutamanya apabila dia sentiasa dibaringkan dan tidak diajak bermain dan menggerakkan tubuhnya.

proses bayi merangkak 2

Foto Kredit: walmart.com

Kenapa Proses Bayi Merangkak Penting?

Aktiviti yang baik untuk merangsang proses bayi merangkak adalah dengan membiarkannya bermain di atas permukaan lantai yang selesa, sambil menaburkan mainan di sekelilingnya. Oleh itu, bayi akan bergerak untuk mendapatkannya.

1. Menandakan perkembangan otak bayi

Sejumlah ahli perkembangan anak menganggap proses bayi merangkak berkait rapat dengan perkembangan otak.

Menurut sumber, sejak tahun 1980-an sejumlah penelitian mengaitkan antara bayi tidak merangkak dengan prestasi akademik.

Hasil penelitian menunjukkan bahawa anak-anak yang tidak merangkak atau hanya merangkak sebentar (cepat berjalan), mencapai nilai lebih rendah dalam uji kemampuan anak prasekolah.

Tidak merangkak ketika bayi juga dikaitkan dengan gangguan keseimbangan, gangguan konsentrasi, yang menjadi punca pada kesulitan belajar dan kecerdasan otak yag tidak dioptimumkan sepenuhnya.

2. Membantu fokus mata yang baik

Fokus mata yang lebih baik dapat membantu anak-anak apabila mereka mula belajar membaca dan menulis.

Semasa merangkak, pelbagai pergerakan perlu dilakukan mengikut kadar yang dapat diseimbangkan melalui pandangan mata.

Maka, kebiasaan ini tidak boleh dilewatkan atau dilakukan dengan cara lain seperti merangkak secara mengundur, mengengsot, berguling atau terus meniarap menggunakan perut.

kulit bayi kering

Foto Kredit: provida.tv

3. Menguatkan fizikal dan membentuk postur yang baik

Untuk boleh merangkak, bayi harus mempunyai kemahiran untuk menahan kepala tegak tanpa bantuan selain memiliki otot tangan dan kaki yang kuat untuk menahan berat badannya.

Merangkak juga memerlukan kekuatan otot-otot tubuh seperti otot perut, bahu, tangan, lengan dan kaki untuk bergerak.

Ianya juga membantu untuk membentuk postur tulang belakang yang betul (spinal alignment).

proses bayi merangkak

4. Melatih kemahiran koordinasi dan keseimbangan badan

Jika dilihat, sebenarnya cara merangkak yang sebenar memerlukan bayi menggunakan kedua tangan dan lututnya untuk bergerak secara bersilangan.

Ia adalah kemahiran yang agak kompleks untuk dimahirkan kerana ia memerlukan keseimbangan serta koordinasi mata dan pergerakan.

Ternyata bukan mudah ya, terutamanya bagi seorang bayi!

5. Turut membantu dari segi emosi dan keyakinan diri

Apabila bayi dapat bergerak melalui cara merangkak, bayi akan secara automatiknya menjadi lebih ‘independent’.

Oleh itu, bayi akan lebih berani untuk menetapkan matlamat untuk mencapai sesuatu benda seperti mainan atau sebarang alatan dalam rumah yang menarik perhatiannya.

Apabila berjaya, bayi akan rasa gembira dan teruja, manakala bayi akan berasa kecewa, sedih, atau lebih terdorong untuk mencuba. Inilah sisi emosi yang dirasai oleh bayi apabila dapat bergerak dengan baik. Perasaan-perasaan ini turut membantu bayi merasa lebih yakin terhadap kebolehan diri.

Banyak Manfaat Proses Bayi Merangkak

Terbukti saintis telah menemui pelbagai kebaikan proses bayi merangkak. Oleh itu, kita perlulah bijak melatih bayi dalam memastikan mereka tidak ketinggalan terhadap faedah-faedah tersebut.

Dengan merangkak, ia dapat membantu bayi menjadi lebih cergas dan cerdas.

Jadi, jangan ‘skip’ proses ini ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×