Hebahan

Vivo V7 Dengan Kamera Hadapan 24MP Hanya Berharga RM1299! Wuhhuu.. Murah!

1.4K
SHARES

Alahaii.. Memang tepat pada masanya sebab handphone admin ni pun dah tak berapa nak betul dah. Huhu. Al-maklumlah dah bertahun-tahun guna.

So, bila tahu je Vivo V7  hanya berharga RM1299, admin pun rajinkan diri cari lebih banyak informasi handphone cun melecun ni. Nak tahu jugak? Nah, baca kat bawah ni.

Boleh selfie dengan kamera depan 24MP! Terbaik!

“Saya perlu sentiasa aktif di media sosial dan teknologi paparan skrin penuh dengan kamera hadapan 24MP yang menghasilkan selfie memukau memudahkan saya untuk berinteraksi dengan peminat”

Ha, begitulah kata-kata pelakon wanita yang tengah meletop-letop sekarang ni yang juga merupakan duta Vivo V7+, Janna Nick! Untuk pengetahuan korang kamera hadapannya mengekalkan warna foto dan pemandangan asli tau. Takde lah nampak fake kan?

Malah, Teknologi Face Beauty  7.0 juga menjadikan selfie korang lebih terang walaupun diambil dalam persekitaran yang gelap. Coolkan? Selain itu, Mod Potret V7 akan berikan korang hasil gambar persis kamera DSLR!

Skrin yang lebih besar dengan Vivo V7!

Admin memang suka betul dengan handphone berskrin besar! Kira memang extra advantage bila Vivo V7 didatangkan dengan paparan ration 18:9 pada skrin bersaiz 5.7 inci! So, ia dapat memberikan 12.5% paparan berbanding telefon skrin 16. 9 yang biasa!

Apa lagi yang best? Adaaa lagi…

Vivo V7 ini lengkap dengan cip lapan teras 64-bit Qualcomm CPU dan RAM sebesar 4GB. Memang kira ‘umpph’ la processor Vivo V7 ni. Selain itu, Antaramuka Funtouch 3.2 juga lebih friendly user, mempunyai teknologi pengesan cap jari dan juga teknologi pengecaman wajah!

So, dengan harga hanya RM 1299, semuanya tidak mustahil dengan Vivo V7! Apalagi, jomlah usha Vivo V7. Confirm tak menyesal!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×